PENYANYI Selena Gomez mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya Francia Raisa.
Selena Gomez luah rasa terharu dapat derma buah pinggang dari sahabat baik |
Selena Gomez luah rasa terharu dapat derma buah pinggang dari sahabat baik
Selena, 25, yang mengalami radang buang pinggang berkata, dia amat menghargai pengiorbanan Raisa yang sanggup berkorban untuknya untuk perkara itu.
Malah Selena turut berkongsi foto bersama Raisa terbaring bersebelahan kattil hospital bagi menjalani rawatan berkenaan.
Turut dikongsi ialah dua foto kesan pembedahan itu.
ARTIKEL MENARIK: Sejuk Hati Lihat Anak Norman dan Abby, Marissa Baca Quran, Mak Tiri Pula Perbetulkan Bacaan
loading...
“Beberapa peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya? Sebenarnya saya perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang kerana radang yang saya hadapi,” katanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan doktor yang luar biasa kerana membantu sebelum dan selepas pembedahan.
“Dan akhirnya, tidak ada kata-kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat mengucapkan terima kasih kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa,” tulis Selena.
Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, yang merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello.
Post a Comment