GEMPAR Pelajar Tingkatan Tiga Selamat Bersalin di Surau Sekolah

GEMPAR Pelajar Tingkatan Tiga Selamat Bersalin di Surau Sekolah

Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Kecoh Pelajar Tingkatan Tiga Selamat Bersalin di Surau Sekolah
Kecoh Pelajar Tingkatan Tiga Selamat Bersalin di Surau Sekolah

Pelajar tersebut temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di dadanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, pada awalnya pengurusan sekolah tersebut menghubungi Hospital Jempol memaklumkan terdapat pelajar sekolah itu pengsan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada didalam rahimnya.

ARTIKEL MENARIK: Malu Punya Pasal, Ibu Tikam Dan Sumbat Bayi Dalam Beg Berisi Simen

loading...

“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Azham Shah berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah sama turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post