PETALING JAYA: Selepas melakukan hubungan seks hampir sembilan kali dipercayai dengan sekurang-kurang lima lelaki berbeza, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun kini hidup dalam ketakutan.
Gadis Sekolah Tingkatan Lima Trauma Ditiduri Lima Lelaki |
Gadis yang menuntut di Tingkatan 5 di sebuah sekolah di Bachok, Kelantan membuat laporan polis di balai polis daerah pada 7 September lalu.
Namun, kes itu dirujuk ke balai polis Kota Bahru untuk siasatan kerana hubungan seksual itu didakwa dilakukan di daerah tersebut.
ARTIKEL MENARIK: ‘Kak Maafkan Nurul Sebab Berkawan Dengan Suami Akak’ – Nurul Zahid
loading...
Seorang jurucakap polis dari Bachok yang enggan namanya didedahkan mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, remaja perempuan itu yang berasal dari Tawang, kini trauma kerana bimbang lelaki yang didakwa menidurinya akan terus mengganggu hidupnya.
Menurut jurucakap itu, gadis tersebut mungkin berdepan tindakan daripada Jabatan Agama Islam Negeri kerana didakwa melakukan hubungan seks secara haram.
Menurut laporan itu, gadis itu berada di sekolah apabila seorang lelaki yang dikenali dengan nama Luqman menjemputnya kira-kira pukul 7.30 pagi, 30 Ogos lalu.
Dia kemudiannya dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Beris Kubur Besar.
Di sana, dia melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit selain turut diratah rakannya yang dikenali sebagai Abby.
Gadis itu turut mendakwa pada keesokan harinya dia melakukan hubungan seks dengan rakan Abby selain dipaksa meniduri lelaki lain di dua lokasi berbeza.
Malah, dakwanya, dia turut melakukan perbuatan terkutuk itu dengan beberapa lelaki di dua hotel sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan laporan polis telah dibuat sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol
Sumber: mStar
Post a Comment