Dua Kali Terlibat Kemalangan, Adik Aseem Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Dua Kali Terlibat Kemalangan, Adik Aseem Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Kuala Kedah : Adik Aseem bersama ibu dan bapa saudara dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Penanga untuk mencuci luka adik Aseem kesan kemalangan seminggu lalu yang mengorbankan bapa nya Mohamad Khalil dan ibu serta adik bongsu nya parah dalam kejadian 30 Ogos lalu.

Dua Kali Terlibat Kemalangan, Adik Aseem Akhirnya Hembus Nafas Terakhir
Dua Kali Terlibat Kemalangan, Adik Aseem Akhirnya Hembus Nafas Terakhir

Jenazah adik Muhammad Aseem Mohamad Khalil, 4, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan, Kubang Rotan Kuala Kedah jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah kanak-kanak itu disembahyangkan di Masjid Nurul Ihsan Kubang Rotan jam 10.20 malam yang dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, jiran dan sahabat handai.

ARTIKEL MENARIK: Baby HADIF Maut Tercampak.. Kereta Keluarga terjunam Ke Gaung (8GAMBAR)

loading...

Jenazah Muhammad Aseem dikebumikan bersebelahan pusara bapanya, Mohamad Khalil abd Gani, 32, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 30 Ogos lalu.

Aseem-6-300x300.jpg

Dalam kemalangan pertama itu, Mohamad Khalil meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Pinggiran Bertam, Pulau Pinang pada jam 9 malam manakala Muhammad Aseem pula yang mengalami kecederaan.

Bapa saudara Mohamad Aseem, Zamakh Shari Abd Gani, 25, berkata, kali terakhir bertemu arwah iaitu semalam namun tak sangka hari ini dia pergi buat selamanya.

“Semalam saya sempat berbual dengannya (Muhammad Aseem) dan tak sangka hari ni dia meninggal seminggu selepas hari lahirnya, ” katanya.

Dalam kejadian tengahari semalam, kemalangan kali kedua yang dialami Muhammad Aseem di Jalan Permatang Durian, Kepala Batas 1 menyebabkan dia terbunuh.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Persona dinaiki bersama ibu dan bapa saudaranya dipercayai terbabas dan merempuh pokok di kanan jalan.

Kejadian berlaku selepas mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Penaga bagi mencuci luka akibat kemalangan pada jam 9 malam 30 Ogos lalu.

Sumber: Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post