Babak Intim Ezzaty Abdullah Dikecam Netizen

Babak Intim Ezzaty Abdullah Dikecam Netizen

Walaupun Filem Kau Takdirku masih lagi belum ditayangkan di pawagam dan bakal ditayangkan pada 7 September tahun ini namun filem tersebut telah mendapat pelbagai kecaman oleh segelintir netizen di laman media sosial sejak semalam lagi.

Babak Intim Ezzaty Abdullah Dikecam Netizen
Babak Intim Ezzaty Abdullah Dikecam Netizen

Ini kerana terdapat tiga babak intim yang dilakonkan oleh Ezzaty Abdullah, 27tahun yang menunjukkan Ezatty di dukung oleh Remy Ishak sebanyak dua kali manakala sekali oleh Bront Palarae ketika berada di tepi pantai.

Bagi Ezzaty ianya hanyalah suatu babak yang relevan dengan cerita serta tuntutan watak yang dibawanya dan dia bertanggungjawab dalam melakonkan babak tersebut mengikut watak yang dibawa olehnya.

ARTIKEL MENARIK: Dulu Ditemukan Di Tong Sampah, Kini Anak Kepada Aktor Bollywood Ini Makin Cun..

loading...

“Saya sedia dikecam apabila ditayangkan di pawagam kelak. Kalau kecaman itu dari penonton yang sudah menontonnya, saya terima. Jika sebaliknya, saya enggan ambil tahu sebab mereka tidak menontonnya,” katanya.

Menurut Ezzaty dia tahu bahawa hanya terdapat segelintir pihak sahaja yang memang suka menghukum seseorang itu tanpa mengetahui cerita sebenar padahal filem tersebut masih belum ditayangkan tetapi sudah ada yang mencanang pelbagai spekulasi.

Ezzaty yang merupakan isteri kepada pelakon Azwan Kombos dan ketika ini sdang hamil enam bulan membuat keputusan untuk menolak kesemua komen negatif tersebut serta mengakui bahawa dia akan cuba mengelakkan babak seperti itu lagi dalam lakonannya pada masa akan datang bagi menjaga statusnya sebagai isteri serta ibu.

Menerusi filem Kau Takdirku arahan Jason Chong tersebut turut membariskan pelakon Aisya Hasnaa, Megan Tan, Kartina Aziz dan Hasnul Rahmat selain Ezzaty, Remy dan Bront.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post