Seorang lelaki dikenali sebagai M Nasir, 42, dihadapkan ke mahkamah Pengadilan Negeri Tanjungkarang, Indonesia setelah didakwa membunuh rakannya bernama Bambang.
M Nasir (tengah). |
Pertuduhan dibacakan pada 3 Ogos 2017 di hadapan hakim Qori Mustikawati dengan pertuduhan iaitu membunuh dengan sengaja, dan penganiayaan sehingga menghilangkan nyawa.
ARTIKEL MENARIK: Bapa saudara jahanam, korek kemaluan anak saudara berusia 5 tahun dengan jari
loading...
Menurut M Nasir, dia tidak dapat menerima tindakan rakannya Bambang Irawan (si mati) yang telah menghisap kemaluannya ketika dia sedang tertidur.
Peristiwa ini terjadi pada 26 November 2014 lepas ketika M Nasir berkunjung ke warung milik Bambang di Jalan Yas Sudorso, Kelurahan Panjang Utara, Panjang.
M Nasir yang baru datang dari Bogor dikatakan menziarahi rakan sekolahnya iaitu Bambang di samping ingin menumpang untuk beristirahat.
Setelah beberapa jam tertidur, M Nasir merasakan ada sesuatu yang bergerak di kelangkangnya dan ketika M Nasir membuka matanya, dia melihat Bambang sedang asyik menghisap kemaluannya.
Terkejut dengan insiden itu, M Nasir lantas menendang Bambang lalu berlari keluar dari bilik rumah yang ditumpanginya.
Bambang tidak berputus asa lalu turut berlari untuk mengejar M Nasir dan setelah berjaya mengejar, Bambang cuba untuk memeluk M Nasir pula.
Ketika M Nasir cuba meronta, Bambang tetap mahu berkeras agar M Nasir tidak melepaskan diri lagi.
Berang dengan tindakan Bambang, akhirnya M Nasir mengambil sebiji batu lalu menghentak kepala Bambang yang akhirnya menamatkan riwayatnya.
Kredit
Post a Comment