Sultan Mizan raih emas, pecah rekod Sukan SEA

Sultan Mizan raih emas, pecah rekod Sukan SEA

SETIU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Sultan Mizan raih emas, pecah rekod Sukan SEA
Sultan Mizan raih emas, pecah rekod Sukan SEA

Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod 3 jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.

ARTIKEL MENARIK:

loading...

Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan 6 jam 26 minit.

Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.

Lebih istimewa penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA.

Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, baginda melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak.

Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan riak wajah ceria baginda menyatakan bahawa keserasian mereka telah wujud sejak 8 tahun lalu hingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.

Bagi menghadapi kejohanan tersebut baginda telah berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama ‘padang permainan’ baginda.

“Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia…keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga telah menceburi sukan ini.

Tuanku turut berkongsi ‘resipi’ sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlet Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal pelepasan.

“Saya rasa bersyukur kehadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu, serta mendapat sambutan daripada orang ramai,” titah baginda.

Selain itu baginda mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, kesemua penunggang, groom kru, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi kejayaan kepada pasukan baginda.

Sultan Mizan bertitah pada Mei tahun depan, Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan baginda melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Sultan Mizan yang merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu Sukan SEA.

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan yang mencatat sejarah sebagai Sultan pertama meraih pingat emas Sukan SEA.

“Saat membanggakan untuk semua rakyat Malaysia! #BangkitBersama #KL2017 #SukanSEA2017,” kata Najib dalam akaun Twitter beliau.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post