Skandal Aliff dan Afifah: “Wartawan silap, saya cakap B mereka tulis A” – Produksi salahkan media, wartawan beri video bukti kenyataan produksi yang lepas

Skandal Aliff dan Afifah: “Wartawan silap, saya cakap B mereka tulis A” – Produksi salahkan media, wartawan beri video bukti kenyataan produksi yang lepas

KONTROVERSI Aliff Aziz dan Afifah Nasir terus berpanjangan apabila pihak produksi yang pada awalnya menafikan kenyataan aktres itu bertindak menyalahkan pula pihak media.

Skandal Aliff dan Afifah: “Wartawan silap, saya cakap B mereka tulis A” – Produksi salahkan media, wartawan beri video bukti kenyataan produksi yang lepas
Skandal Aliff dan Afifah: “Wartawan silap, saya cakap B mereka tulis A” – Produksi salahkan media, wartawan beri video bukti kenyataan produksi yang lepas

Menerusi satu video yang dimuat naik Afifah, pengarah drama Mansur Akob berkata, kenyataan dibuatnya ketika didatangi pihak media pada Khamis lalu telah disalah tafsir atau sengaja diputar-belitkan.

ARTIKEL MENARIK: Gambar Terkini Pelakon Zara Zya Selepas Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan

loading...

Wartawan silap tafsiran, mereka tanya tentang homestay, memang kita ada berbincang kerana setiap masalah kita akan minta pendapat, homestay adalah salah satu rancangan tapi kita tidak laksanakan. Kita tak laksanakan apa kita bincang, saya hanya nafikan berkaitan soalan homestay mereka tersilap dengar atau sengaja untuk putar belitkan berita.

“Saya nafikan ada memberi kenyataan artikel bertajuk (Produksi menafikan meminta Afifah memujuk Alif) yang ditulis media, ibarat saya cakap bab B mereka tulis bab A,” ujarnya.


Video berdurasi kira-kira tujuh minit itu menampilkan pengarah drama berkenaan yang turut dikenali sebagai Manchi, pengurus produksi dan jurusolek menafikan bahawa pihak produksi memberikan kenyataan berkenaan.

Pada Khamis lalu sekumpulan media telah menyerbu lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu di Bandar Tun Hussien Onn bagi mendapat penjelasan pihak produksi kononnya mereka yang merancang agar Afifah berpura-pura menyukai Aliff disebabkan aktor itu yang sering lewat ke lokasi.

Pelakon utama iaitu Aliff Aziz dan Afifah Nasir berada di lokasi penggambaran bersama pasangan masing-masing yang turut membawa pengawal peribadi.

Penggambaran berbaki beberapa babak lagi itu masih belum dapat diselesaikan selepas kontroversi melibatkan dua pelakon utama tersebut yang masih berpanjangan.



Aliff Aziz akhirnya memohon maaf kerana berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah kerana keluar bersama Afifah Nasir.
Untuk rekod, homestay yang dimaksudkan oleh Manchi itu apabila mereka pada mulanya merancang menyewa satu inap desa untuk kru dan pelakon agar tinggal bersama bagi memudahkan penggambaran dilakukan.

Dalam pada itu berhubung tuduhan Manchi kononnya media putar belit kenyataannya, pihak mStar Online mempunyai rakaman video temubual bersama dia ketika ditemui pada Khamis lalu itu.

Berdasarkan rakaman video ini, pembaca boleh menilai kenyataan diberikan.

Pada Isnin lalu, Afifah dalam sidang medianya mendakwa apa yang terjadi antaranya dengan Aliff itu adalah rancangan pihak produksi.

Malah Afifah turut memperdengarkan rakaman perbualan kakaknya dengan pihak produksi berhubung perancangan itu namun ia tidak boleh disiarkan kepada orang ramai.

Sumber: Mstar

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post