Sebuah Bot Misteri Ditemui Di Perairan Washington Dan Anda Pasti Terkejut Bila Mengetahui Dari Mana Datangnya Bot Itu…

Sebuah Bot Misteri Ditemui Di Perairan Washington Dan Anda Pasti Terkejut Bila Mengetahui Dari Mana Datangnya Bot Itu…

Sebuah bot yang penuh misteri dengan dipenuhi teritip telah dijumpai terdampar di pantai negeri Washington, Amerika Syarikat di Ocean Shores, 90 batu di selatan Seattle. Bot misteri ini telah diserahkan kepada Pengawal Pantai Amerika Syarikat untuk disiasat.

Sebuah Bot Misteri Ditemui Di Perairan Washington Dan Anda Pasti Terkejut Bila Mengetahui Dari Mana Datangnya Bot Itu…
Sebuah Bot Misteri Ditemui Di Perairan Washington Dan Anda Pasti Terkejut Bila Mengetahui Dari Mana Datangnya Bot Itu…

Setelah disiasat dan diteliti, bot misteri itu didapati datangnya dari Jepun yang telah dihanyutkan sejauh 4,000 batu menyeberangi Lautan Pasifik sehingga terdampar di pantai Washington.

ARTIKEL MENARIK:Akibat Terlalu Berani Cabar Amerika. Ini PADAH Yang Bakal Diterima Korea Utara

loading...



Bot hantu yang dipenuhi teritip gooseneck dengan rupa yang menggerunkan itu telah dibawa oleh arus menyeberangi Lautan Pasifik sejak dari tahun 2011 selepas kejadian bencana gempa bumi dan tsunami besar di Jepun yang telah mengorbankan 15,000 orang.

Bot itu telah diteliti dengan dipenuhi teritip gooseneck dan hidupan marin yang jarang didapati. Pihak Jabatan Ekologi mendapati bot itu tertulis dengan tulisan Jepun dan itu menjadi bukti yang ia datang dari Jepun.



Jabatan Ekologi bimbang bot itu membawa spesis marin yang merbahaya dan mengancam hidupan marin lain. Jadi mereka telah menyiasat dan menyelidiki bot misteri itu dengan lebih lanjut.

Pihak berkuasa telah menghubungi konsulat Jepun di Seattle dalam usaha mereka menterjemahkan perkataan Jepun yang tertulis pada bot itu.



Jurucakap Jabatan Ekologi, Linda Kent berkata adalah jelas bot itu telah mengembara dan dihanyutkan pada masa yang agak lama, tetapi mereka masih menyiasat dari mana bot itu berasal di Jepun.

Satu bot yang hampir serupa juga telah dijumpai di Long Beach dan ia telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Linda Kent mengesahkan yang serpihan itu datang dari Jepun akibat bencana tsunami pada tahun 2011.

Pada tahun 2011, kejadian gempa bumi dengan magnitud 9.0 skala richter telah melanda Jepun dan tsunami besar telah melanda Sendai di Jepun yang menghanyutkan dan membadai sekalian objek yang dilaluinya.



Kejadian tsunami pada tahun 2011 telah membawa jauh kira-kira 5 juta tan serpihan keluar dari pantai Jepun memasuki Lautan Pasifik dan tidak hairan ia dihanyutkan sebegitu jauh dengan beribu batu sehingga sampai ke pantai Amerika Syarikat. Dianggarkan baki 1.5 juta tan serpihan masih berada di Lautan Pasifik dibawa ombak dan arus dan akan terdampar di sekitar pantai melalui Lautan Pasifik.


Sumber
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post