Petang tadi berlaku kekecohan ketika berlangsungnya forum Nothing to Hide 2 yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Sabotaj Forum Tun Mahathir - Suar Api Bukti Ada Rancangan Awal Buat Kecoh |
Rakaman video menunjukkan, ketika Tun Mahathir mula untuk menjawab soalan dalam forum berkenaan, tiba-tiba seorang individu mula membaling kerusi dari arah kumpulan hadirin.
ARTIKEL MENARIK: Malaysia Negara Islam Subur Dengan Budaya GAY!!!
loading...
Seterusnya diikuti dengan lontaran kasut dan selipar serta botol minuman dari arah kumpulan tempat duduk penonton. Kejadian bertambah kecoh apabila suar api mula dinyalakan dan dilontar dalam forum tersebut.
Kehadiran suar api ini menunjukkan ada rancangan dan niat dari awal untuk membuat kecoh dalam forum tersebut. Suar api bukan boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, atau kedai serbaneka, ia adalah barangan yang sukar diperolehi.
Selain itu tindakan provokasi jahat ini juga nampak tersusun, tidak ada sebarang isu ataupun pertikaian dalam forum tersebut namun tiba-tiba berlaku kekecohan.
Jelas di sini memang ada niat dari awal pengacau yang dipercayai mahu melakukan sabotaj bagi menghentikan Tun Mahathir daripada bercakap dalam forum tersebut, sekaligus memburukkan imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh beliau.
Forum itu dijadual untuk menemukan Tun Mahathir bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjawab pelbagai persoalan.
Bagaimanapun Najib Razak tidak hadir, dan memang dijangkakan dari awal dia takkan hadir sama seperti forum Nothing to Hide yang pertama dulu, dia kata nak hadir, tapi last minute tak hadir.
Klik rakaman video dibawah:
Kredit
Post a Comment