Pokok anggur mudah ‘ditipu’: Ini bukti pokok anggur boleh ditanam di Malaysia

Pokok anggur mudah ‘ditipu’: Ini bukti pokok anggur boleh ditanam di Malaysia

Siapa sangka, anggur yang dahulunya agak mustahil ditanam di Malaysia, kini menjadi satu tanaman komersial.

Pokok anggur mudah ‘ditipu’: Ini bukti pokok anggur boleh ditanam di Malaysia
Pokok anggur mudah ‘ditipu’: Ini bukti pokok anggur boleh ditanam di Malaysia

Hidup di kawasan yang memerlukan kuantiti hujan yang kurang, antara faktor tanaman ini tidak begitu menjadi pilihan di negara ini berdasarkan iklimnya, hujan dan panas sepanjang tahun.

Namun bagi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas, Wan Mohd Radzi Wan Salleh,50, beliau menyahut cabaran menanam pokok buah-buahan itu dan menjadikannya sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan, apatah di Kelantan yang mengalami tengkujuh, setiap hujung tahun.

Malah, katanya, tanaman anggur menjadi mudah jika mempunyai pengetahuan dalam menguruskannya.

ARTIKEL MENARIK: AWAS !! Sedap dimakan, tetapi bahaya untuk kesihatan. Awas, hindari makan lima jenis ikan ini!

loading...

Beliau sendiri pada mulanya kurang yakin dengan kemampuan pokok anggur yang ditanamnya untuk berbuah, namun selepas berguru dengan mereka yang lebih arif, kini pokok anggurnya mengeluarkan buah secara berkala.

Lebih menyenangkannya apabila pokok ditanam di kawasan rumah yang bukan hanya sedap mata memandang, bahkan menjadi taman untuk jadikan tempat riadah keluarga.

“Ramai penduduk di negara ini cuba menanam anggur di halaman rumah mereka, namun tidak ramai daripada mereka dapat merasai hasil tanaman itu kerana pokok ditanam sukar berbuah.

“Saya sendiri perlu menunggu selama dua tahun sebelum pokok ini berbuah dan dalam tempoh itu, banyak yang dipelajari tentang cara menguruskan pokok anggur.

“Penantian saya berbaloi juga kerana ia berbuah dan boleh dikongsi nikmat bersama keluarga dan jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Susu di sini, baru-baru ini.

Wan Mohd Radzi berpendapat, sesiapa sahaja boleh memulakan tanaman pokok anggur di rumah mereka sendiri kerana Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) giat menjalankan penyelidikan yang sesuai untuk pokok membiak.

Menurutnya, dengan teknik pembajaan yang betul, jumlah kuantiti air serta keasidan tanah yang tepat akan membolehkan anggur berbuah cantik.

“Ramai yang tidak tahu bahawa pokok anggur sebenarnya sangat lasak dan sukar untuk mati. Sebatang pokok mampu menghasilkan 350 hingga 400 tangkai anggur.

“Saya mula tanam pokok ini sejak empat tahun lalu selepas mendapat benih dari Filipina dan dua tahun lalu ia mula berbuah. Memang kena bersabar.

“Setiap tahun, pokok ini mampu mengeluarkan hasil empat kali dan salah satu tumbuhan buah-buahan yang tidak mempunyai musim seperti durian, rambutan dan buah tempatan lain,” katanya.

Wan Mohd Radzi berkata, sebaik pokok membesar, ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi, sebaliknya hanya perlu dirapikan terutama ketika mula berputik.

“Pokok anggur mudah ‘ditipu’. Jika kita buang semua daunnya seperti musim luruh, ia akan terkejut dan mula mengeluarkan daun baru bersama dengan buah.

“Itu jugalah teknik yang saya gunakan untuk tanaman anggur di rumah ini. Sebaik sahaja buah habis dipetik, saya pangkas keseluruhan daun anggur ini dan ia berbuah dalam tempoh 90 hari,” katanya.

Selain itu, beliau juga memastikan pokok anggur tidak menerima tempias hujan berlebihan kerana kepantangan tumbuhan itu.

Hujan adalah musuh utama anggur dan bagi orang ramai yang baru berjinak dengan bidang ini perlu menyediakan tempat yang sewajarnya.

“Saya sendiri membina para dan struktur pelindung hujan bagi mengelakkan pokok rosak dan tidak mampu mengeluarkan buah.

“Bagaimanapun, cahaya matahari penting untuk proses fotosintesis, jadi saya memilih pelindung lutsinar agar pokok tetap subur walaupun tidak terkena hujan,” katanya.

Kini, terdapat pelbagai benih anggur import yang sesuai ditanam di kawasan tropika seperti Malaysia, antaranya jenis IAC, Black Queen, Black Opal, Alfonso Levale, Rosy Muscat dan beberapa jenis lagi.



Sumber: Harian Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post