Header Ads

Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Kereta Terbabas Sebelum Digilis Lori

loading...

SINGAPURA - Seorang penunggang motosikal maut, empat lagi mangsa termasuk seorang bayi berusia setahun cedera dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Woodlands Avenue 12, petang semalam.

Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Kereta Terbabas Sebelum Digilis Lori
Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Kereta Terbabas Sebelum Digilis Lori

Dalam kejadian kira-kira jam 7.34 petang Isnin, penunggang motosikal dirempuh sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentang sebelum digilis sebuah lori yang tidak sempat mengelak mangsa yang terjatuh di depannya.

ARTIKEL MENARIK: "Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu," Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri

loading...

Lapor Channel News Asia, pemandu kereta berwarna hitam itu difahamkan cuba mengelak dari terlanggar sebuah kereta lain menyebabkan keretanya terbabas lalu merempuh tiang lampu isyarat sebelum merempuh mangsa.



Jurucakap polis berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta, lori dan dua motosikal.

Paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan penunggang motosikal berusia 30 tahun itu telah meninggal dunia.



Seorang lagi penunggang motosikal yang merupakan rakyat Malaysia dan pasangan suami (30), isteri (22), dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat untuk menerima rawatan. Manakala bayi berusia setahun itu dibawa ke Hospital KK Wanita dan Kanak-kanak.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.


Rakaman video dashcam kejadian itu tersebar di media sosial sejak malam tadi, mencetuskan rasa bimbang di kalangan penunggang motosikal.

Polis sedang menyiasat punca kejadian dan akan mengambil keterangan pemandu kereta berkenaan.

Sumber: The Reporter

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.