Saat azan Maghrib berkumandang, si anak kecil Alif Saputra berumur empat tahun masih terrunggu-tunggu akan kepulangan ayahnya, sedangkan beliau sebenarnya tidak tahu ayahnya telah pergi menghadap yang Maha Esa.
"Mengapa Ayah Dibakar Seperti Ayam Bu," Tanya Si Kecil Ini Bila Tahu Ayahnya Dibakar Hidup-Hidup Akibat Salah Sangka Dituduh Mencuri |
Selepas penantiannya itu berakhir dengan kekecewaan kelibat ayahnya tidak muncul dia terus bertanyakan kepada ibunya Siti Zubaidah yang sedang mengandung enam bulan.
ARTIKEL MENARIK: Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa
loading...
Ibu, ayah di mana? Tak pulang-pulang.”
"Pertanyaan itu buat saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya, mindanya masih suci,"katanya yang begitu sedih dengan berita suaminya Muhammad Al-Zahra telah menjadi mangsa kerakusan nafsu amarah manusia.
Biar pun dirahsiakan, berita tentang kematian ayahnya dibunuh kejam akhirnya sampai juga ke pengetahuannya.
Beliau yang masih kecil itu pun dilihat tidak dapat menerima selepas mengetahui ayahnya itu telah dipukul dengan kejam sebelum dibakar hidup-hidup selepas dituduh mencuri tiga amplifier Masjid Desa Muara Bakti di Suka Tenang, Bekasi, Jawa barat.
“Mengapa ayah dibakar seperti ayam? Adakah ayah ini ayam, bu?” tanya anak kecil itu meratapi pemergian ayahnya itu.
Hati mana yang tidak luluh apabila mendengar kata-kata sebegitu daripada seorang anak kecil yang baru berumur empat tahun, kata Siti Zubaidah.
"Kenapa suami saya tidak diserahkan kepada polis kalau suami saya memang benar mencuri, tanpa harus dianiaya seperti itu.
"Suami saya manusia, bukan haiwan," kata Siti Zubaidah kepada BBC Indonesia.
Pada 1 Ogos lalu, Indonesia digemparkan dengan kisah seorang juruteknik membaiki sistem pembesar suara, Muhammad Al-Zahra, 30, atau juga dikenali sebagai Zoya telah meninggal dunia selepas dipukul dan dibakar hidup-hidup hanya kerana disyaki mencuri tiga amplifier dari masjid berkenaan.
Sebelum kejadian dia dikatakan telah pergi menemui seseorang untuk membeli beberapa unit amplifier terpakai yang sudah rosak.
Ketika dalam perjalanan pulang dia telah singgah ke Masjid berkenaan untuk menunaikan solat Asar, namun bimbang amplifier baru dibelinya itu hilang jika ditinggalkan atas motosikal, dia telah mengusungnya masuk ke dalam dewan solat Masjid.
Namun tindakannya itu telah menimbulkan syak di kalangan jemaah yang menuduh beliau cuba mencuri amplifier milik Masjid, walaupun dia menafikan mencuri.
Beliau kemudiannya telah dikejar oleh penduduk kampung sebelum terjatuh rebah kira-kira dua kilometer sebelum dipukul tanpa belas kasian.
Ketika terkulai lemah cedera dipukul beliau merayu dengan berkata "Aku nggak maling''iaitu ''aku tak mencuri'' berkali-kali namun tidak dipedulikan sebelum tubuhnya disimbah petrol dan dibakar hidup-hidup.
Post a Comment