Korea Utara Akan Serang Guam Dengan Peluru Berpandu. Puncanya Buat Amerika CUAK

Korea Utara Akan Serang Guam Dengan Peluru Berpandu. Puncanya Buat Amerika CUAK

Korea Utara Akan Serang Guam Dengan Peluru Berpandu. Puncanya Buat Amerika CUAK

Korea Utara Akan Serang Guam Dengan Peluru Berpandu. Puncanya Buat Amerika CUAK
Korea Utara Akan Serang Guam Dengan Peluru Berpandu. Puncanya Buat Amerika CUAK

Ketika Amerika bergembira apabila dunia Arab berbalah, Israel dan Palestin serta Turki sedang sibuk dengan permasalahan Masjid Al Aqsa, mereka dikejutkan dengan berita yang tak enak apabila Korea Utara telah bersedia menghantar peluru berpandu berteknologi tinggi ke Guam, pangkalan tentera utama Amerika di Lautan Pasifik. Ikuti berita lanjutnya.

ARTIKEL MENARIK: Posmen PELIK Bunyi Suara Dalam Peti Pos, Apa Ditemui BONGKAR Kegiatan Wanita Ini !!!

loading...

MAKLUMAT GUAM

Guam merupakan sebuah negeri kecil di Lautan Pasifik yang merupakan kawasan jajahan Amerika Syarikat. Sebuah pulau yang cantik tetapi bukan terkenal dengan kawasan pelancongan, tetapi Guan lebih popular di dunia dengan panggilan “Pangkalan Tentera Amerika” yang paling besar dan canggih.





Dan dengan Guam ni, banyak negara-negara kawasan Pasifik berasa terancam dengan keangkuhan Amerika Syarikat. Oleh itu, sebagai persediaan, baru-baru ni Korea Utara telah umum bahawa mereka sedang mempersiapkan berpuluh peluru berpandu untuk menghancurkan Guam dan ini telah menyebabkan Amerika jadi cuak.

KOREA UTARA PERSIAP PELURU BERPANDU

Serangan itu dirancang pada minggu hadapan, pertengahan Ogos. Korea Utara sejak awal tahun dahulu sudah pun memberi gambaran tentang serangan ini dengan menahan beberapa buah kapal milik Amerika berdekatan Guam, lapor berita Korut, KCNA yang dipetik oleh Reuters. Serangan ini katanya telah diluluskan oleh pemerintah tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.



Mengikut laporan Korut KCNA, peluru berpandu teknologi tinggi Hwasong-12 akan dilancarkan oleh Tentera Korea Utara dan akan melintasi kawasan udara Shimane, Hiroshima dan Koichi di Jepun. Peluru berpandu itu akan terbang dengan kelajuan 3.356 KM per saat dan akan mulanya meledak di perairan pantai Guam.

Tindakan ini diambil kerana keangkuhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang kerap kali mengugut Korea Utara dengan “api dan kemarahan” jika terus menerus mengancam negara-negara bersekutu Amerika di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.



Tambah KCNA lagi, rundingan diplomasi yang banyak kali dibuat dengan Donald Trump yang dianggap “gila” oleh Kim Jong-un tidak akan lagi dibuat. Hanya tindakan tegas sahaja boleh selesaikan permasalahan mereka.

AMERIKA JADI BATU API

Tindakan tegas ini diambil ekoran hasutan Amerika Syarikat di PBB yang akhirnya membuatkan China turut sama memboikot ekonomi Korea Utara. Hasilnya nilai eksport Korea Utara ke seluruh dunia jatuh USD1 Bilion, (RM4.2 Billion) dan ini telah menjejaskan kehidupan rakyat mereka. Mereka kini tiada pilihan lain selain menunjukkan kekuatan tentera mereka supaya tidak lagi dibuli oleh Amerika.

Sumber: TEMPO

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post