‘Kalau Berani, Datang Sini!’ – Isteri Saleem Mengamuk Beri Amaran Kepada Syarikat Rakaman Syafiq Farhain [VIDEO]

‘Kalau Berani, Datang Sini!’ – Isteri Saleem Mengamuk Beri Amaran Kepada Syarikat Rakaman Syafiq Farhain [VIDEO]

Semalam melalui portal berita, penyanyi baru, Syafiq Farhain telah memohon maaf secara terbuka kepada bapanya Saleem isu dituduh menggunakan popularitinya untuk menjadi penyanyi seperti yang dilemparkan kepadanya.

‘Kalau Berani, Datang Sini!’ – Isteri Saleem Mengamuk Beri  Amaran Kepada Syarikat Rakaman Syafiq Farhain
‘Kalau Berani, Datang Sini!’ – Isteri Saleem Mengamuk Beri  Amaran Kepada Syarikat Rakaman Syafiq Farhain

Syafiq telah menafikan dia mengunaakn populariti Saleem untuk mandapat publisiti dengan menyanyikan lagu bapanya, menurut beliau tindakan menyanyikan lagu itu adalah kerana tidak dapat lari dari permintaan peminatnya.

ARTIKEL MENARIK:  Warna Rambut Anak, Stacy Teruk Dikecam... Ini Penjelasan Sebenar

loading...

Saya tidak pernah malu mengaku Saleem adalah bapa kandung, cuma saya tidak selesa apabila ada orang memandang tinggi disebabkan bapa saya. Dakwaan mengatakan saya menuduh bapa dengan perkara tidak baik adalah tidak benar sekali.

“Hubungan saya dengan bapa masih baik. Saya kenal bapa saya dan menghormatinya selama ini. Saya tidak mahu percaya apa yang orang cakap selagi tidak mendengar daripada mulutnya mengenai diri saya. Saya sangat sayangkannya. Saya tidak tergamak untuk memburuk-burukannya malah menyanjunginya sebagai seorang bapa,” jelas Syafiq.

Namun hari ini dilihat nampaknya keadaan semakin panas selepas Julia iaitu isteri yang juga merangkap pengurus Saleem dilihat berang dengan pihak syarikat rakaman Syafiq yang didakwanya melarikan diri dan tidak datang selepas diminta memberikan penjelasan.

Di dalam video yang dimautnaik oleh Utusan Online, beliau mencabar syarikat rakaman jangan hanya berani membuat kenyataan diluar, sebaliknya datang berdepan jumpa dengannya.

“Mulanya saya warning dia, kau nak promosi album baru kau, jangan kaitkan nama Saleem. Kaut keuntungan poket sendiri. Saleem masih hidup.

“Apa motif nak pakai nama Saleem untuk promosikan album baru kau. Saya dah bagi surat larangan tapi mereka buat juga. Jangan kaitkan nama Saleem dalam promosi album. Berdiri di atas bakat sendiri,” jelas Julia.


Dakwa Julia lagi, kenapa perlu berterusan menyebut nama Saleem dalam sebarang promosi.

Menerusi update terbaru, wakil pihak rakaman dilaporkan telah pun meminta maaf secara terbuka kepada Saleem dan pengurusnya. Sebarang promosi Syafiq Farhain selepas ini takkan lagi menyentuh nama Saleem.

Sumber: https://terengganutimes.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post