Jangan Nafi Sejarah, Jasa Mahathir Kepada Negara

Jangan Nafi Sejarah, Jasa Mahathir Kepada Negara

KEBELAKANGAN ini, ramai mempersoalkan asal usul dan keturunan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Mahathir berketurunan India dan nama sebenar beliau adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Jangan Nafi Sejarah, Jasa Mahathir Kepada Negara
Jangan Nafi Sejarah, Jasa Mahathir Kepada Negara

Pendedahan yang dibuat pada Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya itu mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran.


ARTIKEL MENARIK: Dr. Zambry Abdul Kadir Keturunan MAMAK Terguris Dengan Hinaan Zahid Hamidi? - Ini Pendedahan Terbaru!!!

loading...

Sinar Harian menemui Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, yang juga bekas Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) 2000-2001 untuk menyingkap sejarah dua beranak ini.

Beliau berkata, Mahathir antara penyumbang besar dalam pembangunan Kedah dan jasanya kepada negeri Jelapang Padi memang tidak boleh dinafikan.

Katanya, walaupun beliau tidak sealiran dengan politik kerajaan, namun sumbangan sejak zaman mudanya ketika bergelar doktor perubatan hendaklah dihargai.

“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya. Kita tidak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, terutama individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.

Menurutnya, bapa kepada Mahathir, Mohamad Iskandar bukan calang-calang orang, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.

“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH. Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya letakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini,” katanya.

drm.jpg
Rumah kelahiran Mahathir di Alor Setar.

Baharuddin berkata, KSAH antara sekolah terawal dibina berhampiran Balai Nobat sebelum pindah ke Jalan Penjara Lama, belakang IPD Kota Setar (1911) dan dipindahkan ke Jalan Langgar pada 1917 dan kekal sehingga kini.

“Mohamad yang berasal dari Pulau Pinang dijemput membuka sekolah Inggeris pertama di Alor Setar kerana beliau fasih berbahasa Inggeris, selain orang Melayu mahu anak tempatan mengajar, kerana bimbang dipengaruhi ajaran Kristian ketika itu,” katanya.

Menurutnya, datuk Mahathir iaitu Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor, dan lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.

Sebelum itu, Iskandar dijemput mengajar Bahasa Inggeris di Istana Johor.

“Mohamad dilantik pengetua pertama KSAH, diikuti empat pengetua kalangan Melayu sebelum jawatan itu diberi kepada orang Inggeris. Ketika itu, ramai guru Matematik dan Sains dibawa masuk dari India,” katanya.

Baharuddin berkata, pembelajaran KSAH berasaskan tatabahasa Inggeris dari England, namun pelajarnya tetap mengenakan songkok.

“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin politik. Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.
Mahathir berketurunan pemimpin Melayu

Berdasarkan sejarah keluarga yang dipaparkan di Rumah Kelahiran Mahathir, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Mahathir anak bongsu daripada sembilan beradik.

Ibunya, Che Tempawan Che Hanafi berketurunan pemimpin Melayu Wan Su, iaitu Datuk Temenggong Kulur, Bukit Lada. Antara keturunan sama dengannya ialah Wan Mohamad Saman, yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah.

Nama timangan Mahathir adalah Che Det sejak kecil, beliau dididik oleh bapanya dengan penuh disiplin selain amat pentingkan pelajaran.

Pendidikan awal Mahathir bermula di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak (1932), sebelum meneruskan pelajaran di KSAH (1934) dan seorang murid yang pendiam serta rajin membaca.

Bagaimanapun, persekolahan Mahathir tergendala semasa perang dunia kedua dan beliau memulakan perniagaan gerai kopi dan menjual buah-buahan di Pekan Rabu.

Selepas perang tamat (1945), Mahathir kembali menyambung pelajaran di KSAH sehingga memperoleh ‘Senior Cambridge School Certificate’.

Beliau memperoleh Ijazah Perubatan MBBS pada 1953 dan mula bertugas di Hospital Besar Alor Setar.

Pada 1957, Mahathir meletak jawatan dan membuka Maha Klinik di Jalan Tunku Ibrahim, sebelum berpindah ke Pekan Rabu.

Ketika itu, hanya ada lima klinik di Alor Setar dan Maha Klinik adalah klinik pertama diusahakan doktor Melayu.

Bukti ‘bin’ atau anak lelaki?

Baharuddin berkata, berdasarkan sijil kelahiran Mahathir, didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Alor Setar, namanya dibinkan kepada nama bapanya, Mohamad bin Iskandar. Keturunan Mohamad tertera perkataan Melayu.

"Mohamad pula lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan kembali ke rahmatullah pada 1961, di usia 80 tahun. Datuk Mahathir, Iskandar berasal dari Pulau Pinang," katanya.

Pada kad pengenalan biru milik Mahathir, turut tertera Mahathir bin Mohamad, bukannya anak lelaki Iskandar Kutty seperti heboh diperkatakan.

"Ini termasuk kesemua sijil pelajaran rendah dan pendidikan tinggi turut dinamakan Mahathir bin Mohamad," katanya.

Sumber: Sinar Harian

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post