Siapa pernah menggunakan jalan di LPT2? Percaya tak kalau kami cakap anda kena berhati-hati apabila melalui jalan tersebut, dan elakkan daripada bercakap besar. Ikuti kisah di bawah..
Jangan Cakap Besar Atau Pelik-Pelik Ketika Melalui LPT2. KENAPA?? Baca Ni.. |
Baiklah, nak kata seram macam tak seram sangat. Nak kata diikat, macam tak kena ikat. Apa-apa pun, ini pengalaman kedua sebenarnya terkena di jalan raya. Okay, saya cerita dari mula sampai habis.
ARTIKEL MENARIK: Inilah Kilang Proses organ Manusia..Gambar No 2 Tu Paling Seram ( 6 Gambar) Korang Pasti Terkejut
loading...
Jam 8.35 malam
Selepas dah buat tempat tidur anak-anak dalam Hellfire putih saya itu dengan baringkan semua kerusi dan hampar toto (kalau long distance memang buat macam ini pada mereka), tepat jam 8.35 kami pun bertolak dari Marang.
Dari Marang, kami lalu jalan dalam sehingga keluar ke exit Tol Ajil. Jalan dalam sini pun super gelap tetapi buat biasa sahajalah. Bermula atas LPT2, bermacam-macamlah topik yang dibualkan bersama dengan isteri sambil makan satar. RM16 satar dok makan berdua. Kemudian Mifzal join sekejap, makan dua tiga ketul.
Saya memandu, Zue di sebelah mengupas satar dan menyuap saya. Makan dan bercerita termasuklah cerita bab-bab LPT2 ini pada Zue.
Bila dia mula berkata, “Sunyi kan highway ini bang? Tak ramai orang guna pun.”
Saya pun ceritalah kes kemalangan di LPT2 ini yang saya tahu sehingga ke kes harimau kenaa langgar itu.
“Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.” katanya.
“Itulah, kena berhati-hati. Tak boleh cakap besar, pelik-pelik atas highway ini,”.
Kemudian saya kata dah tak nak makan satar, kenyang. Waktu ini, Zue pun lap-lap tangan guna tuala basah dan simpan semula satar semua. Dia pun berpusing ke belakang nak ambil air.
“Abang ada gantung air sejuk di belakang seat dia tu?”
Saya pun berpaling sekali tengok, air yang mana dia maksudkan. Bila saya berpusing saja ke depan semula, saya hanya mampu ucap, “ALLAH!” dan terus diam.
Zue terus berpaling ke depan dan terkejut. Dia mulalah bertanya macam-macam. Saya diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit juga saya tak layan pelbagai persoalan dia. Akhir sekali saya kata, “Ayang tidurlah,”.
Tak sampai seminit, dia pun terus terlena.
Apa yang saya nampak? Okay, Alhamdulillah kalau terkena perkara seperti ini, saya masih boleh berfikiran waras dan tiada respon terkejut. Critical thinking saya masih elok juga ram dia. Waktu saya ternampak itu, saya terus jeling nombor Kilometer di tepi jalan dan nombornya KM333.6. Memang saya ingat sebab jenis saya memang suka hafal nombor jika ada apa-apa yang berlaku.
Saya nampak curahan darah seperti baru lepas dilanggar di atas lorong kanan. Di depan sikit, ada sekujur tubuh budak-budak yang mana tangannya sudah hilang isi, hanya tinggal tulang sahaja.
Kepala dia di bawah besi penghadang jalan itu.
Dalam keadaan auto cruise yang saya On pada kelajuan 120 km/j, saya tak sempat brek dan tak mahu mengelak. Saya redah dan waktu itulah terpacul hanya sepatah perkataan “Allah” dari mulut saya.
Dalam fikiran saya mula berfikir. Inilah padahnya bercerita bukan-bukan pada Zue tadi. Tetapi rupa-rupanya bukan setakat itu sahaja. Selepas Zue terlena, saya rasa ada sesuatu yang betul-betul berada di tepi tingkap tetapi saya langsung tak menoleh. Dalam hati saya kuat mengatakan ia hanya perasaan saya sahaja.
Kemudian saya tengok ada cahaya samar-samar dari side mirror kiri. Saya tengok side mirror itu dan ternampak ada sesuatu seperti kain terlekat di bontot kereta.
Saya terus toleh ke belakang, nak tengok terus kain apa. Masa ini saya toleh, tengok Zue sudah tidur. Cuma tidung dia macam toleh merenung saya tepat. Saya cepat-cepat pusing ke depan. Rasa nak tahu itu masih ada lagi dan sekali lagi saya berpusing dan nampak memang tudung Zue itu betul-betul berada di tepi saya di arm rest dan Zue dok tidur elok saja. Saya berpaling ke depan, beristighfar dan mulalah baca macam-macam.
Akibatnya, meremang bulu roma satu badan. Saya tepuk paha Zue perlahan-lahan dan kejutkan dia suruh tanggalkan tudung. Dia pelik tetapi saya tak cerita apa-apa lagi. Saya kata, “nampak ayang macam tak selesa. Bukalah tudung itu, lagipun sudah gelap, tak ada orang nampak,”
Dia akur dan membuka tudung sebelum kembali menyambung tidur.
Tak sampai 3 minit dia pun tertidur dan kali ini ujian saya kena lagi hebat. Sepanjang highway, saya jumpa tompokan darah merah seperti benda baru dilanggar itu. Sampaikan mata saya pun dah nampak merah saja sepanjang jalan. Saya ambil air dan minum. Takut sebab saya dah letih sangat agaknya jadi begini.
Sebab dah tak tahan, saya terpaksa mengejutkan Zue.
“Ayang, bangun. Temankan abang drive,”
Zue pun bangun dan bertanya kenapa saya diam seribu bahasa. Dah bermacam-macam soalan dia tanya, saya tak jawab melainkan, “Takut,”
“Abang takut apa? Ha, tadi apa yang abang nampak?”
“Abang takut, temankan abang,”
Zue pun ajaklah berborak hal-hal lain tetapi saya tak berapa respon.
“Ayang tengok jalan tar ini warna apa?” soal saya.
“Warna kelabulah bang, kenapa?”
Saya terus diam.
“Abang nak ayang tengok jalan tar ini ye,”
Dalam lima minit dia tengok, timbul lagi tompokan darah yang seterusnya.
“Haa! Ayang nampak tadi atas jalan?”
“Nampak apa bang? Sama saja jalan tar ini,” katanya.
“Takpelah, abang takut. Ayang jangan sambung tidur, terus teman abang borak,”
Waktu itu saya set auto cruise 110km/j dan duduk di lorong kiri sahaja. Perjalanan terus sampai lepas R&R Perasing, alhamdulillah tiada gangguan lagi.
Saya pun minta Zue pula yang memandu sebab saya dah mengantuk. Dia menyambung pemanduan sehinggalah ke rumah. Sampai di rumah jam 2.12 pagi dan masa di atas katil barulah saya bercerita padanya.
Katanya dia memang dah rasa pelik sebab saya tiba-tiba saja tersebut “Allah” dikala tengah rancak berbual.
Dah sampai rumah, saya cuba google tentang KM333 dan mengucap panjang bila tahu ada seorang murid Tahun 1 maut dalam kemalangan di LPT2, di KM yang sama.
“Lalu LPT2 Tak Boleh Cakap Besar Atau Pelik-Pelik”
“Betullah bang, ada kemalangan katanya Tetapi kemalangan itu berlaku pada waktu pagi,” kata Zue.
Wallahualam. – Hazir Haron
Kredit: sehinggit.blogspot.com
Post a Comment