Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Sulawesi, Indonesia pada Khamis lalu.
Gantung Diri Sambil 'Video Call' Kekasih Kerana Curiga Kekasihnya Itu Curang |
Hidayatullah didapati menggantung dirinya sambil mengadakan 'Video Call' dengan kekasihnya kerana dia cemburu dengan kekasihnya, Apriani yang dicurigai mempunyai lelaki lain.
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Berjaya Harungi Leukimia Walau Hanya 50 Peratus Peluang Hidup
loading...
Bagaimanapun, segelintir orang meragui kematian remaja ini namun pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa Hidayatullah meninggal dunia akibat bunuh diri dan bukannya dibunuh oleh sesiapa.
Polis telah menyiasat Apriani dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis itu melakukan pembunuhan terhadap kekasihnya lapor makassar.tribunnews.
“Kami sudah periksa. Tidak ada bukti kalau dia lakukan atau kematian Hidayatullah adalah disebabkan orang lain.
“Tidak ada orang lain yang berusaha membunuhnya. Jika Hidayatullah dibunuh oleh seseorang termasuk Apriani, sudah pasti dia akan menjerit meminta tolong tetapi hal tersebut tidak berlaku,’’ kata polis.
Menurut polis, semasa mengadakan 'video call', di leher Hidayatullah sudah siap terpasang tali sehingga dia menyatakan akan membunuh diri, maka perbualan mereka di dalam 'video call' itu terhenti.
Apriani kemudiannya dikatakan menghubungi semula Hidayatullah beberapa kali namun panggilannya tidak dijawab. Sejurus selepas Apriani tiba di rumah Hidayatullah, dia menemui mayat kekasihnya itu dalam keadaan tergantung.
Hidayatullah segera dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan.
Siasatan itu dijalankan oleh polis selepas tersebar khabar angin Hidayatullah telah dibunuh. Insiden itu juga mengakibatkan Apriani dikecam ramai.
B.Mazeer
Post a Comment