“Dia (tertuduh) ada melakukan kerja kampung, tetapi tidak dibayar upah dan kerap ditipu,” rayu peguam, Siti Noorhabibah Moahmed Noor, kepada Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam, supaya meringankan hukuman terhadap anak guamnya.
Dipenjara 2 Minggu Gara-Gara Curi Duit Tabung Masjid RM20 Untuk Beli Makanan |
Anak guamnya, Othman Ahmad, 47, yang juga seorang penganggur mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mencuri tabung masjid mengandungi wang RM20, pada 20 Julai lalu lapor Terengganu Times.
ARTIKEL MENARIK:10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)
loading...
Ketika merayu Siti Noorhabibah berkata, anak guamnya bertindak sedemikian kerana mahu membeli makanan dan berharap hukuman ringan dikenakan kepada Othman.
Majistret Mohd Firdaus Salleh kemudian menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap suspek selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Selepas menimbang hujah peguam dan pendakwa raya Mohd Firdaus, memerintahkan tertuduh dipenjara 14 hari bermula dari tarikh dia tangkap 21 Julai lalu.
Mengikut pertuduhan, Othman didakwa mencuri sebuah tabung derma masjid yang mengandungi RM20 dari Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek, kira-kira jam 10 pagi, 20 Julai lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda.
Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Post a Comment