Tempias pengakuan berani Datuk Red (Datuk Seri Adnan Abu) yang mengaku bahawa dia bercinta dengan selebriti yang dikenali sebagai N, Nonny AF5 yang kini bergelar pelakon menafikan sekeras-kerasnya gosip yang mengatakan bahawa dia adalah wanita yang dimaksudkan oleh suami kepada Adira AF itu.
Didakwa Bercinta Dengan Datuk Red, Ini Jawapan Nonny AF5 |
“Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red). Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat”
“Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu. Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,” jelasnya kepada mStar Online.
ARTIKEL MENARIK: Didakwa Bakal Bercerai, Ini Jawapan Keith Foo
loading...
Demi mempertahankan dirinya yang turut bergaduh dengan teman lelakinya kerana perkara itu, kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu juga adalah untuk menjelaskan perkara sebenar selain menghormati isteri-isteri Datuk Red dan juga bakal mertua Nonny sendiri.
“Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua. Lagipun, saya dan teman lelaki sudah 8 tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin. Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,” katanya.
.
Sumber
Post a Comment