Perkataan berkhatan berasal daripada perkataan ‘khitan’ iaitu potong. Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.
Ayah Sunat Bayi Lelaki Baru Lahir . Apa Jadi Selepas 24 Jam Buat Ramai TERKEJUT |
Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama’ berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.
ARTIKEL MENARIK: 6 Sebab Kenapa Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain
loading...
PERBEZAAN KHITAN ARAB & MELAYU
Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak lelaki di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.
1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24jam sahaja untuk sembuh, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.
2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.
3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.
4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf khas buat kanak-kanak yang belum sunat ketika solat di masjid, yang mana kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia. Kebiasaanya terjadi apabila ada yang bertindak menghalau kanak-kanak yang belum khitan ke saf belakang atas hujah menanggung najis & lain-lain. Isu saf ni perlu perbahasan panjang lagi tentang hukum hakamnya. Ini sekadar pernyataan umum ke atas realiti yang berlaku di Malaysia, takut nanti ada yang silap faham.
5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham ‘mumayyiz’: makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.
6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah ‘thoharoh’ (kebersihan) ke atas kalimah khitan.
7) Ada sebilangan orang perempuan berkata sunat waktu baby adalah menyeksakan baby, tetapi sebenarnya sunat waktu besar lagilah amat menyeksakan!. Kami tahu lah sebab kami orang laki..huhu
8) Cuma kekurangannya, bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tendang tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah “Masuk Jawi” yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .
Tiada salahnya untuk kita ubah adat kita kepada satu adat yg lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yg anjurkan oleh Nabi SAW. 🙂
Dari Saidatina Aaisyah RA, “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya.” — Riwayat al Baihaqi.
Wallahualam..
Oleh: Ibn Shihab Al-Dimashqy al Hanafi
*Gambar hanyalah lakonan anakanda saya Muhammad Al Azhari semata-mata, sekadar ambil berkat amalan orang-orang Melayu sebagai kenang-kenangan. ^_^
*Untuk pengetahuan juga, sebahagian besar negara Arab tak sunatkan anak perempuan mereka. Perlu dimaklumi juga ianya adalah masalah khilaf dikalangan para fuqaha’ di dalam mazhab-mazhab yang mukhtabar. Untuk di Malaysia, teruskanlah amalan yang sedia ada dalam mazhab al Imam as Syafie.
*Mesej buat para doktor di Malaysia juga supaya mula belajar untuk sunatkan bayi kecil.
*Ramai bertanya saya tentang lokasi sunat untuk baby, maaf saya tak tahu kerana saya di Cairo, Egypt sekarang. Boleh rujuk diruang komen kerana ramai juga yang berkongsi lokasi-lokasi tertentu di Malaysia, & pengalaman khitan anak-anak mereka walau umur sudah 1 2 3 tahun. Semua perkongsian positif & menarik. Alhamdulillah. Mohon rakan-rakan yang tahu mana-mana tempat sunat untuk baby boleh kongsi-kongsikan bersama. Shukran.
MURAJAAH 7 PERKARA SUNNAH NABI KETIKA MENDAPAT KELAHIRAN
Hari pertama : (1) Azan & iqomah di telinga bayi. (2) Tahnik
Hari Ke 7 : (3) Beri nama. (4) Aqiqah. (5) Berkhatan. (6) Cukur rambut.
Hari tidak ditetapkan : (7) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak yang telah dicukur itu dengan nilai semasa emas atau perak. ***tambahan 1 lagi : Tanam uri.
Sumber : FB Ibn Shibab
Post a Comment