Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng Walau Sudah Setahun Kahwin

Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng Walau Sudah Setahun Kahwin

KUALA LUMPUR, 19 April — Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Anzalna Nasir mendapati tiada banyak yang berubah pada suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki.

Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng Walau Sudah Setahun Kahwin
Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng Walau Sudah Setahun Kahwin

Anzalna, 29, berkata sikap tidak cerewet suaminya itu masih sama terutama dari segi makanan apabila tidak menolak dihidangkan nasi putih dan telur goreng.

ARTIKEL MENARIK: ALLAH ! Aliff Dedah 'SESUATU' Berlaku Ketika Berada Di Dalam Lokap, Punca Sebenar Membuatkan Dia Insaf

loading...

“Ada satu hari, saya buka peti ais cuma ada sambal Betty Rahmad. Saya goreng telur campur kicap. Suami saya boleh makan begitu saja.

“Dia sangat mudah untuk dijaga. Tak sedap pun dia melantak saja.

“Saya suka masak tapi ikut mood. Hanif suka makan siput sedut tetapi susah pula untuk menghidangkannya,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Lepas Setahun Kahwin, Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng


Pelakon drama Memori Cinta Suraya diijabkabulkan Februari tahun lalu selepas sepuluh tahun menjalinkan ikatan persahabatan.

Pada Mei tahun lalu, kami melaporkan Anzalna mendakwa suaminya itu tidak cerewet dan mudah diurus dalam soal makanan lapor ProjekMMO.

“Pernah suatu hari saya hanya menghidangkan nasi putih bersama telur goreng dan kicap.

“Tidak sedikit pun dia merungut mahu pun mengomel,” dia dilaporkan berkata.

Lepas Setahun Kahwin, Anzalna Masih Hidang Nasi Lauk Kicap Dan Telur Goreng

Anzalna berkata kehidupan mereka berdua dipermudahkan dengan bantuan ibu mertua yang banyak memahami.

Katanya, selaku menantu perempuan tunggal dalam keluarga itu, ibu mertua banyak membantu dalam urusan seharian.

“Ibu mertua saya buat segalanya untuk saya malah baju saya pun dia cuci. Dia sangat baik.

“Dia sayang saya. Apa pun dia panggil Anzalna. Saya seorang pun menantu perempuan.

“Ibu mertua saya tidak menyusahkan. Dia seperti mak sebenar saya. Masak pun dia panggil datang makan,” katanya.



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post