Tragedi kematian sadis seorang wanita Ema Desrita (21) mengandung 6 bulan masih terus menjadi perhatian media Indonesia. Ini kerana pembunuhan itu dianggap kejam dan tidak bermoral.
8 Fakta Menarik Kes Lelaki Bakar Kekasih Mengandung 6 Bulan Buat Anda Terkejut Apabila Mengetahuinya |
Ditambah lagi suspek kejadian itu adalah kekasih mangsa sendiri yang enggan bertanggungjawab selepas mangsa mengandung 6 bulan.
ARTIKEL MENARIK: Pijak Perut Kekasih Sarat Mengandung Sebelum Dibakar
loading...
Berang dengan desakan mangsa, suspek bertindak membunuh mangsa sebelum membakarnya.
Sesuai dengan laporan polis Polresta Pekanbaru, SU. Berikut adalah beberapa fakta menarik disebalik kejadian tersebut.
1. Rentung hingga tidak dapat dikenali
Mayat wanita ditemui dalam keadaan terbakar bermula dari wajah hingga ke bahagian pinggang, dipercayai mangsa di tutup dengan kain sebelum dibakar.
2. Mengandung 6 bulan
Dari hasil bedah siasat, didapati rahim wanita tersebut ditemui bayi laki-laki telah mati seperti direbus yang di anggarkan berusia 22 ke 23 minggu dengan berat 250gm.
3. Sempat bersetu-buh sebelum dibunuh
Dihadapan kepolisian Pekanbaru, suspek mengaku dalam kronologi kes, dimana suspek sebelum membunuh mangsa sempat melakukan hubungan intim.
Katanya mangsa memenuhi keinginan suspek selepas suspek berjanji akan bertanggungjawab atas kehamilan tersebut.
4. Dijerut pakai tudung sebelum dicekik
Susanto menceritakan sebelum dia membakar kekasihnya itu, terlebih dahulu dia menjerut leher mangsa dengan tudung.
“Waktu saya jerut dengan tudung, dia masih meronta dan melawan, saya kemudian tidurkan dia ditanah dan mencekik lehernya sampai lemas," katanya.
Selepas memastikan mangsa tidak bernyawa, suspek menutup mayat dengan kain yang mereka beli kemudian membakarnya.
5. Ayah mangsa sempat temui suspek
Dasril menegaskan bahawa suspek sebagai orang yang tidak memiliki rasa kemanusiaan.
Sebab menurutnya pada Rabu pagi, dia sempat pergi ke rumah suspek untuk bertanyakan khabar anak gadisnya itu selepas tidak balik ke rumah.
“Saya tahu mereka berkawan, jadi saya datangi rumahnya dan bertanyakan keberadaan anak saya selepas tidak balik ke rumah,”
“Saat itu dia mengatakan tidak tahu, dan berkata kemungkinan Ema pergi ke rumah kawannya, dia juga mengatakan bahawa dia sudah menghantar Ema ke simpang jalan rumah kami," ungkap Dasril.
6. Dikenali dari kasut
Siapa sangka barang terakhir yang melekat pada tubuh Ema yang terbakar menjadi titik terang kes tersebut.
Menurut keterangan ahli keluarga, mereka seperti mengenali kasut pada badan mayat setengah terbakar yang viral dilaman media sosial.
Selanjutnya pihak keluarga dan seorang rakan mangsa bernama Tesa datang ke balai polis mengaku mengenali wanita dalam gambar viral tersebut.
7. Beg Ema masih belum ditemui
Suspek pembunuhan tersebut kini masih dalam siasatan penuh, pihak polis Kapolresta Pekanbaru masih lagi mencari beg milik mangsa, sementara itu keterangan suspek mengenai hal tersebut tidak jelas dan kerap menukar pengakuannya.
8. Hukuman mati
Dari hasil keterangan suspek dan barangan bukti dari lokasi kejadian, suspek di siasat mengikut pasal 338, yakni hukuman tembak mati ,hukuman paling rendah pun penjara seumur hidup.
Sumber
Post a Comment