Header Ads

13 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Perlu Cuba ! Resepi Ini Dapat Lebih Dari 5000 Share !

loading...

Fenomena kepelbagaian resepi aiskrim viral yang sangat menyelerakan menyebabkan kami merasakan perlu untuk mengumpulkan resepi kesemua aiskrim yang sedap ini untuk panduan anda!

13 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Perlu Cuba ! Resepi Ini Dapat Lebih Dari 5000 Share !
13 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Perlu Cuba ! Resepi Ini Dapat Lebih Dari 5000 Share !

Supaya senang anda mencuba 13 aiskrim viral Malaysia tanpa perlu google satu-satu, buang masa. Oleh itu, kami kongsikan resepi di bawah dan jangan lupa cuba untuk keluarga anda!

ARTIKEL MENARIK:

loading...


1. AISKRIM CHOKI-CHOKI
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI : 

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Kacau semua bahan kemudian didihkan manja-manja menggunakan api kecil. Letakkan tepung jagung bagi lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah kembung. Kemudian tapis dan untuk choki-choki anda boleh potong kepada dua. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit untuk ratakan.

2. AISKRIM JERUK
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI : Bancuh air gula lepas tu boleh campur dengan air jeruk. Senangkan!

3. AISKRIM JELLY LOLIPOP


proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

5 Liter air
1 packet jelly (Perasa laici/ apa-apa perasa kegemaran anda)
1 tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
Plastik ais krim

Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut kemudian barulah hidupkan api), masak hingga larut dan sebati. Pastikan kacau selalu. Rasa dan bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Isi dalam plastik dan siap!

4. AISKRIM NUTELLA
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Masak air atas api kecil sehingga semua larut dan mengelegak. Anda boleh letak air lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi. Sejukkan dulu ye baru tuang dalam plastik dan letakkan nutella dengan cara lenyekkan nutella kemudian baru tuang campuran tadi.

5. AISKRIM GULA APONG/NISE
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

3 Liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g Gula apong ori @gula nira
Daun pandan 2 helai

Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan. Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim.

6. AISKRIM CUMI
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam. Kemudian masak air sampai garam hancur dan masukkan baki 3 air tin. Kacau sehingga rata. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut.


7. AISKRIM STRAWBERI MASAM MANIS
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

Bahan-Bahan A (Puri)
12 biji buah strawberi
5 sudu besar gula
500ml air
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan 2 sb air)

Bahan-Bahan B
1 liter susu segar rendah lemak
Plastik ais krim

Bahan C
1 mangkuk strawberi dicincang

Masakkan kesemua bahan A untuk puri kecuali tepung jagung. Masakkan sehingga pekat, apabila kuah sudah pekat, masukkan tepung jagung. Kacau lagi sehingga sebati dengan puri dan kelihatan semakin memekat dan likat. Biarkan puri menjadi sejuk di ruangan terbuka.Cedokkan sesudu puri yang telah disejukkan tadi ke dalam acuan, kemudian masukkan susu segar sehingga penuh 3/4 acuan. Masukkan beberapa strawberi cincang (Bahan C). Ulangi proses diatas seperti di nombor #2 hingga #3 sehingga selesai. Masukkan batang ais krim kemudian simpan di dalam peti sejuk sehingga keras.

8. AISKRIM OREO
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :
2 cawan susu Dutchlady Full cream atau low fat
Secawan serbuk creamer coffee mate
1 paket biskut oreo

Masukkan susu dan serbuk creamer coffemate ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisarkan. Seterusnya masukkan pula beberapa keping biskut oreo ke dalam mesin pengisar yang berisi campuran susu dan creamer coffeemate. Kisarkan ia sehingga sebati. Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas. Patah-patahkan beberapa keping biskut oreo lagi dan masukkan ke dalam bekas tersebut. Akhir sekali, masukkan ia ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.


9. RESEPI AISKRIM MALAYSIA SANGKAYA
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

Santan jenama M&S 500ml
1 tin susu pekat
3 tin air
2 sudu tepung jagung
Sesudu teh garam

Kacau semua bahan dalam periuk dengan api sederhana sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan .Pastikan betul-betul sejuk baru tuang dalam plastik aiskrim. Boleh masukkan gula kabung dalam 2-3 ketul untuk rasa cendol.

10. AISKRIM PELANGI ALA PADDLE POP
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw
RESEPI :

1/2 tin susu pekat
3 cwn susu segar (susu HL)
2 sudu kecil ovellate
2 sudu kecil vanilla (esen vanilla)
Sedikit pewarna biru, merah, hijau dan kuning 


Bahan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mixer selama 20 minit. Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna. Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis. Simpan dalam peti sejuk beku.


11. AISKRIM GUMMY JELLY CANDY

proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
1 sudu kecil garam
Jelly candy

Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali jelly) dan masak dengan api perlahan sehingga adunan panas. Sejukan dan masukan ke dalam plastik aiskrim.

12. AISKRIM DURIAN
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

250ml susu cair
1½ sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
¼ sudu teh garam
1 biji kuning telur
200g isi durian
200ml non-dairy whip cream

Satukan kesemua bahan, kecuali whip cream, sehingga sebati. Masak sehingga kental dengan api kecil. Sejukkan. Pukul whip cream sehingga bertanduk. Satukan dengan kastad tadi sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan selama sehari. Masukkan aiskrim ke dalam food processor dan blend sehingga gebu. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan sehari lagi. Sedia untuk dihidangkan!


13. AISKRIM PELANGI
proxy?url=http%3A%2F%2Fcitedunia.com%2Fw

RESEPI :

2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4 L air
Sedikit esen vanilla

Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis. Kemudia tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai. Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan sedia untuk dimakan!


Bagi pemilik asal resepi, kami harap semoga dihalalkan ilmu masakan ini dan semoga anda dimurahkan rezeki selalu. Buat pembaca selamat mencuba!

Kongsikan resepi ini !!
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.