10 gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL terjejas

10 gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL terjejas

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter membabitkan laluan dua hala Sungai Buloh-KL Sentral terganggu hari ini berikutan insiden 10 gerabak kargo tergelincir, awal pagi tadi.

10 gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL terjejas
10 gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter Sungai Buloh-KL terjejas

Unit Respons Pelanggan KTM ketika dihubungi berkata, sebanyak 10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK: Bayi makan lipas disisi mayat ibu selama 2 minggu

loading...

“Kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka 30 minit dari jadual asal membabitkan laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves susulan kerja membaik pulih di kawasan terjejas.

“Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menghala ke utara iaitu Ipoh dan Padang Besar turut mengalami kelewatan dari jadual asal.

“Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan, satu kenyataan akan dikeluarkan pada jam 9 pagi ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman http://www.ktmb.com.my.


Sumber: BH Online


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post