Setelah lebih kurang 8 hari koma, Mus May telah kembali sedar dan mula cuba bercakap pada hari ke 10.Perkara ini diberitahu oleh isteri Mus May sendiri iaitu Suraya Bahari.
Ya Allah Kesiannya, Ini Ayat Pertama Dari Mus May Selepas Terjaga Dari Koma Selama 10 Hari |
Walaupun sudah sedar namun percakapan Mus masih belum jelas. Suraya bagaimanapun, meluahkan rasa syukur kerana dapat mendengar suara suaminya itu selepas beberapa hari koma.
ARTIKEL MENARIK: Beza dulu dan sekarang PUTERI BALQIS
loading...
Ayat pertama yang ditanya oleh Mus ketika sedar ialah tentang keadaan dirinya dan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar kepada Mus.
Ini komennya:
Hari kesepuluh Mus di ICU, alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan… dalam keadaan mamai, Mus cuba untuk bercakap.
Perkara pertama dia tanya ‘pasai apa dengan dia’ (kenapa dengan dia) dan saya jelaskan keadaannya yang tidak sihat dan dia mengangguk kepala.
Walaupun butiran katanya tidak berapa jelas tetapi saya bersyukur sangat kerana sudah lama tak mendengar suaranya,”
Mus sudah boleh makan sikit cuma kesan dari ubat yang dimasukkan semasa di ICU membuatkan dia berada dalam keadaan mamai lagi.
“Tetapi Alhamdulillah perkembangannya semakin baik setiap hari,”
Mus May telah koma sejak 3 Julai lalu akibat demam panas mula sedar sepenuhnya pada 12 Julai lalu dan keadaannya beransur pulih.
Melalui pemeriksaan dan ujian, Mus dikatakan mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah.
Penyanyi itu menjalani rawatan dikenali sebagai plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.
Post a Comment