(VIDEO) Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor

Akibat kos perbelanjaan yang semakin meningkat, nampaknya golongan pelajar begitu terkesan dengan perkembangan semasa ini.

ARTIKEL MENARIK: Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar

loading...

Mungkin kita terdengar ada pelajar universiti yang mendapat bantuan PTPTN membeli barangan mewah, dan akhirnya kena berjimat, tapi sebenarnya ada antara mereka kita tahu akan meminta duit daripada ibu bapa.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang betul-betul datang dari keluarga yang susah, sudah pasti wang lebihan selepas membayar yuran yang tinggal ditangan mereka perlu dijimatkan sebaik mungkin kerana masih banyak perlu digunakan untuk tujuan pembelajaran sehingga habis semester nanti.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh Encik Suhaizan Kayat, beliau telah pergi meninjau keadaan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), apa yang menyedihkan satu pendedahan yang dilakukan oleh seorang pemilik gerai makan di sekitar universiti.
Beliau Baharudin Omar, 55 meluahkan rasa simpatinya melihat nasib pelajar-pelajar di UTHM di mana dakwa beliau ada ramai pelajar yang datang makan ke kedainya terpaksa berjimat dengan hanya makan nasi putih berlaukkan kuah dan air kosong semata-mata.

“Bila dilihat kebanyak pelajar ini datang daripada keluarga yang kurang kemampuan, ada diantara pelajar yang datang hanya makan nasi sahaja bersama kuah yang berharga RM1 dan minum air kosong yang diberikan percuma.”

“Dulu ada juga pelajar yang hidup macam ni, kalau dulu dari sepuluh orang kita akan tengok dua daripadanya saja yang makan macam ni tapi hari ni boleh dikatakan lapan hingga sembilan orang yang akan makan macam ni sepanjang waktu.

“Ekonomi kita teruk, saya akui pelanggan saya semakin susut dan peniagaan ini tidak rancak macam dulu. Bagi saya ini adalah disebabkan faktor ekonomi rakyat yang semakin teruk terbeban, cuba lihat gaji macam tu tapi barang belanja semakin mahal,” katanya dipetik tulisan Malaysian Review.

Kisah ini telah mendapat perhatian Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di mana baginda telah meminta bantuan kenalannya untuk mengaturkan satu program bagi membantu pelajar-pelajar ini.
2u4cLjg

“How we set up the “Because We Care” fund at UTM perhaps can be used by UTHM?” tulis Baginda Permaisuri di laman Facebooknya.

Sumber: Siakapkeli

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post