Tinggal Sebumbung Dalam Edah, Bekas Isteri Ally Iskandar Buka Mulut

Tinggal Sebumbung Dalam Edah, Bekas Isteri Ally Iskandar Buka Mulut

Mungkin kerana tidak tahan dengan komen pedas dan sindiran pengguna laman sosial, kerana tinggal sebumbung dengan bekas suami, Ally Iskandar ketika dalam Edah, Farah Lee akhirnya tampil membela diri.

Tinggal Sebumbung Dalam Edah, Bekas Isteri Ally Iskandar Buka Mulut
Tinggal Sebumbung Dalam Edah, Bekas Isteri Ally Iskandar Buka Mulut

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik Farah Lee di akaun Instagram (IG)nya semalam, dia meluahkan perasaannya dan memberi sebab mengapa dia dan Ally tinggal sebumbung walaupun sudah berpisah.

ARTIKEL MENARIK: Isteri Dah Sekat Akaun Saya Sebab Itu Saya Tidak Boleh Lihat Gambar - Hafiz Hamidun

loading...


Luahan rasa Farah itu menerima ratusan komen oleh pengikut Instagramnya yang meminta supaya ibu tunggal tersebut bersabar dengan kata-kata ‘keyboard warrior’ yang kurang bijak.

@farahlee_Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot 😅 Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.

Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan…Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat..Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.


Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.

Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.

Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita 😂 Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.

Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.

Love,
F. L. #FLwrites #ommabebelAlly dan Farah Lee bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Maream Esabel.

Sumber: Astro Gempak



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post