Saya Tak Terkesan Dengan Komen “Haters”, Kalau Tak Suka Boleh “Unfollow” – Fasha Sandha

Saya Tak Terkesan Dengan Komen “Haters”, Kalau Tak Suka Boleh “Unfollow” – Fasha Sandha

Gara-gara sering meluahkan isi hatinya di akaun Instagram, pelakon Fasha Sandha menjadi sasaran untuk “haters” yang membanjiri ruangan komennya dengan pelbagai kata-kata negatif.

Saya Tak Terkesan Dengan Komen “Haters”, Kalau Tak Suka Boleh “Unfollow” – Fasha Sandha
Saya Tak Terkesan Dengan Komen “Haters”, Kalau Tak Suka Boleh “Unfollow” – Fasha Sandha

Walaupun menerima pelbagai kritikan setiap hari, Fasha memberitahu beliau tidak merasa tertekan dengan perkara tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Nur Sajat Dilarang Masuk Brunei?

loading...

Buat Fasha, tidak salah jika beliau berkongsi luahan hatinya di laman sosial tersebut kerana ia adalah ruangan peribadi beliau. Fasha sejujurnya juga tidak pernah membaca segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow! Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja kerana saya juga manusia biasa. Ada harinya kehidupan saya penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dan sebaliknya.



Saya jenis orang yang tahu akan baik dan buruk dalam sesuatu tindakan yang diambil dan saya ok sahaja dengan apa sahaja orang hendak kata kerana sudah lali. Saya tak baca komen negatif tetapi kalau ada orang maklumkan kepada saya mengenai komen yang melampau barulah saya akan sekat mereka. Pada saya haters yang banyak masa menulis panjang-panjang mengenai kita mereka minat tetapi keliru.

Bukan semua orang suka dengan apa yang kita tulis di media sosial dan apa yang Fasha katakan itu benar, ia adalah ruangan peribadi beliau jadi terpulanglah kepada Fasha untuk meluahkan apa sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post