Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah dalam sebuah video telah menyatakan kesudiannya untuk memperisterikan peguam dan juga aktivis LGBT, Siti Zabedah Kasim sebagai isterinya.
Rani Kulup Sedia Ambil Siti Kasim Sebagai Isteri (Video) |
Berdasarkan video live yang dimuatnaik ke laman Facebook itu, Rani Kulup atau lebih mesra dipanggil Ayah yang sudah pun memiliki dua isteri itu telah menyeru supaya netizen tidak terus mengutuk dan menghina peguam berkenaan lapor Siakap Keli.
ARTIKEL MENARIK: Rani Kulup Nafi Ditangkap, Dakwa Tiada Selera Mahu Rogol Siti Kassim
loading...
“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.
“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni.. tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.
Video live itu dimuatnaik adalah untuk menjawab khabar angin yang berlegar sebelum ini di mana ada individu mendakwa beliau adalah suspek ditahan polis kerana membuat ancaman rogol dan bunuh ke atas Siti Kasim.
Di dalam video itu juga beliau menyeru netizen supaya berhenti menghina dan mengutuk selain mendoakan agar Siti Kasim berubah dan kembali ke pangkal jalan.
“Kita doakan dia supaya siti kasim ni terbuka hati dia balik semula ke pangkal jalan, kita doa.
“Ayah doa Siti Kasim lembut hati, sentiasa muhasabah diri sentiasa kesal atau menyesal apa dia buat. Jangan kutuk dia kita doakan dia supaya dia lembut hati. manusia ini boleh berubah,” katanya lagi.
Apa yang menarik sekali satu titipan ayat dari ayah kepada Siti Kasim, “Asalkan nama Siti Kasim, I love you, ok Siti Kasim… kipidap, dongibab.”
Tonton video Rani Kulup 'melamar' Siti Kasim di bawah.
Post a Comment