Rupanya Ini Punca Orang Umno Makin Panas Punggung...
Rupanya Ini Punca Orang Umno Makin Panas Punggung... |
Setiausaha akhbar perdana menteri menepis dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) kerana ketua sebenar gabungan pembangkang itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengerusi PPBM itu sekadar boneka.
ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor
loading...
Ini kerana, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, PPBM yang diasaskan Dr Mahathir hanya mempunyai sebuah kerusi Parlimen berbanding DAP yang memiliki 37 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13.
“Sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang - seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Dr Mahathir berkata, pelantikannya sebagai pengerusi PH menjadikan beliau pemimpin utama gabungan pembangkang itu dan setaraf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Barisan Nasional.
“Saya salah seorang pemimpin (dalam PH), dan saya dilantik pengerusi. Sebagai pengerusi, saya mempengerusikan Majlis Presiden. Jadi, dalam hirarki PH, saya pemimpin tinggi.
“Beliau (Najib) pemimpin tinggi di sana (BN). Saya pemimpin tinggi di sini,” kata Dr Mahathir.
Khamis lalu, Pakatan Harapan melantik Dr Mahathir sebagai pengerusinya, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden.
Kit Siang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam pucuk pimpinan PH, tetapi anaknya, Guan Eng dilantik sebagai timbalan presiden gabungan 4 parti pembangkang itu.
Tengku Sariffuddin berkata, senarai pucuk pimpinan PH yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP.
Menjawab cabaran Dr Mahathir kepada Najib untuk menghadiri forum “Nothing to Hide 2.0″, Tengku Sariffuddin berkata, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat “town hall” bersama musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.
Semalam, pengerusi PPBM itu berkata, Najib boleh menyoalnya mengenai pelbagai dakwaan pada forum “Nothing to Hide 2.0″ anjuran Pemuda PPBM pada 13 Ogos di Shah Alam.
“Kami boleh jawab semua dakwaan yang dibuat terhadap saya. Saya rasa ini platform terbaik untuk memberitahu perkara sebenar. Najib juga perlu hadir, dan jawab soalan atau lempar dakwaan terhadap saya,” kata Dr Mahathir. - fmt
Post a Comment