Pelakon paling popular pada tahun ini, Fattah Amin membritahu dia tidak tahu tentang petisyen bantahan pemilihannya sebagai hero utama drama remake Cofee Prince sehinggalah semalam.
Petisyen Bantah Fattah Amin Jadi Hero Drama Cofee Prince, Ini Komen Fattah Amin |
Fattah Amin menyatakan dia hanya tahu tentang hal ini semalam selepas pulang menjalani rakaman program TV di Hutan Belum, Perak.
ARTIKEL MENARIK: Spekulasi rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab
loading...
Ini komen Fattah Amin:
“Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar.
“Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya,”
“Tak dinafikan saya sangat selesa bekerja dengan Michael yang banyak membantu menaikkan nama saya. Namun, tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.
“Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin,”
Tambah pelakon ini lagi, dia akan bertemu dengan penerbit dan pengarah drama untuk membincangkan perkara itu.
Sebeanrnya belum ada sebarang pengesahan hitam putih mengenai pembabitannya dalam drama itu.
Menurut Fattah, sebelum ini Michael Ang pernah bertemu dengannya sebelum ini dan menawarkan dia berlakon watak utama dalam drama itu tetapi belum membuat sebarang kata putus.
Sumber: harian metro
Post a Comment