Nenek 71 Tahun & Remaja 16 Tahun Ugut Bunuh Diri Jika Tidak Dikahwinkan

Nenek 71 Tahun & Remaja 16 Tahun Ugut Bunuh Diri Jika Tidak Dikahwinkan

Seorang jejaka yang berusia 16 tahun, Selamet Riyadi dan pasangannya yang berusia 71 tahun, Rohaya, mengugut untuk membunuh diri jika tidak dikahwinkan.

Nenek 71 Tahun & Remaja 16 Tahun Ugut Bunuh Diri Jika Tidak Dikahwinkan
Nenek 71 Tahun & Remaja 16 Tahun Ugut Bunuh Diri Jika Tidak Dikahwinkan

Pasangan yang berasal dari Palembang, Indonesia ini mula berkenalan tiga tahun lalu dan Selamet meluahkan hasrat mahu menjadikan Rohaya isterinya sebulan sebelum tibanya bulan Ramadan.

ARTIKEL MENARIK: 'Lebih HINA Dari Pelacur !'- Isteri Dedah Perbualan 18SX Suaminya Selepas Digoda Oleh Guru Sekolah !

loading...

Menurut laporan portal Detik.com, pasangan itu datang ke rumah ketua kampung mereka dan memberitahu yang mereka ingin mendirikan rumah tangga tetapi hasrat mereka tidak dipersetujui oleh keluarga pihak perempuan.

Selepas impian mereka untuk berkahwin mendapat halangan, mereka mengancam mahu membunuh diri.

Khuatir mereka akan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, ahli keluarga Rohaya dan Selamet bersama penduduk kampung mengadakan perbincangan untuk mencapai kata putus dan akhirnya mereka dinikahkan pada 2 Julai lalu.

Perkahwinan antara Selamet dan Rohaya bukanlah berteraskan harta kerana masing-masing berasal dari keluarga sederhana.

Mereka mula jatuh cinta selepas Rohaya merawat Selamet ketika jejaka itu menghidap penyakit demam malaria.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post