Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar

Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar

Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar

Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar
Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

ARTIKEL MENARIK: Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor

loading...

“Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.

“Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.

“Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik), ” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Dr Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

Najib menjelaskan, selagi semua itu tidak dijawab Dr Mahathir, orang ramai akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata walaupun ada segelintir pihak yang tidak senang hati dengan UMNO dan kerajaan, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk membawa negara ke tahap yang membanggakan.

Jelasnya, situasi ini adalah lebih baik berbanding kem pembangkang yang masih tidak jelas dan kelam- kabut dalam menentukan siapa yang mempunyai kuasa penentu manakala hala tuju politik yang masih tidak jelas. - Free Malaysia Today

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post