Masih Ingat Sidi Oraza, Hero Malaya 90an? Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Masih Ingat Sidi Oraza, Hero Malaya 90an? Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan dilahirkan pada 31 Oktober 1965 (49 tahun). Berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, dia merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an.

Masih Ingat Sidi Oraza, Hero Malaya 90an? Kini Bergelar Usahawan Berjaya
Masih Ingat Sidi Oraza, Hero Malaya 90an? Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif.

ARTIKEL MENARIK: Lagu Baru Dato VIDA Jadi Viral. Chef Wan Tampil Beri KOMEN Yg Sangat MENGEJUTKAN !!!

loading...

Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan. Kini beliau bergelar usahawan dan membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.




Filem-filem Yang Terlibat

Pelumba Malam (1989)
Pening-pening Lalat (1990)
Juara (1991)
Suci Dalam Debu (1992)
Konstable Mamat (1992)
Anak Angkat (1993) – Filem untuk televisyen
Aku Anak Siapa (1994) – Filem untuk televisyen
Sayang Salmah (1995)
Suratan Kasih (1996)
Siapa Dia? (1996)
Layar Lara (1997)
Dominan (1997) – Filem untuk televisyen
Sebening Anugerah (1997) – Filem untuk televisyen
Metafizik (1998) – Filem untuk televisyen
Isketambola (1998) – Filem untuk televisyen
Najwa (2004) – Filem untuk televisyen



Sidi Oraza, Hero Malaya Tahun 90an. Dari Pelakon, Kini Bergelar Usahawan Berjaya


Sidi Oraza, Hero Malaya Tahun 90an. Dari Pelakon, Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Menerima Anugerah Keusahawanan – Bio Terbaik pada Majlis Malam Penghargaan Bio 2015




Menurut Syed Osman yang juga Presiden Syarikat Diversatech (M) Sdn. Bhd, beliau amat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima anugerah berprestij itu yang dianggapnya ibarat menerima anugerah pelakon terbaik tahun ini.


“Saya tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun semua ini adalah ketentuan Allah SWT dan apa yang paling penting kita kena berusaha bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.”

Bersama Rakan Seperjuangan Pelakon Latif Borgiba

“Sama juga dalam bidang lakonan dahulu, saya menang tujuh anugerah sebab saya lakukannya dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas. Pokok pangkalnya tidak kira dalam apa jua lapangan yang kita ceburi, kita harus bekerja keras kerana kejayaan tidak akan datang dengan mudah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung cabaran ketika menceburkan diri dalam dunia perniagaan, Syed Osman memberitahu, beliau memulakan perniagaan itu hanya berbekalkan modal sebanyak RM6,000 yang dipinjam daripada arwah ibunya pada 1997.




“Selepas berhenti berlakon, saya hilang segalanya termasuk kereta dan rumah, ketika itu saya kalau ingin ke mana-mana saya menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT).”

“Malah ketika itu dengan wang yang sedikit, saya hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk menaiki LRT atau makan, saya fikir lebih baik guna untuk makan maka saya terpaksa berjalan kaki.”

“Kemudian bersama abang saya, Prof. Dr. Syed Omar kami memulakan perusahaan menghasilkan baja. Oleh kerana kesungguhan untuk memajukan diri saya juga sanggup pergi ke China untuk mempelajari selok-belok menjalankan perniagaan,” ujarnya yang menamakan produk bajanya ‘Ajib’ bermaksud ajaib dalam bahasa Arab.

Menceritakan kejayaannya, bekas pelakon dan pengarah berusia 50 tahun itu menjelaskan, jualan produknya amat perlahan pada peringkat awal perniagaan iaitu 1998 tetapi kini sudah menghasilkan baja berasaskan teknologi bio sintetik ‘Ajib 99’ yang berfungsi untuk mengawal penyakit Ganoderma khusus untuk tanaman sawit.

Ironinya, Sidi Oraza pernah berlakon dalam drama dominan. Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.

Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya setelah berhenti kerja makan gaji. Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya yang menjadi usahawan yang berjaya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya kerana bekerja makan gaji.

Sehinggalah suatu hari, isterinya cuba untuk memenangi kontrak dari suatu syarikat yang besar dan berharap dapat kontrak tersebut yang sebenarnya syarikat tersebut ialah milik suaminya.

Setelah pendedahan itu, isteri dan anaknya malu dan memohon maaf pada Tan Sri Lokman Hakim yang merupakan suami dan ayah mereka. Inspirasi cerita ini sangat banyak terutama bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan untuk bermula dengan tanpa modal yang besar serta tidak memiliki sokongan ahli keluarga.

b.mazeer


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post