Kejam! Mayat Bayi Dibuang Dijumpai Tanpa Kepala Dan Tangan Dipercayai Dimakan Oleh Anjing Liar

Berita ini mungkin terlalu menganggu fikiran. Akibat tindakan segelintir manusia yang tidak berperi kemanusian membuang bayi.

ARTIKEL MENARIK: Mahkamah Putuskan Eksekutif TV9, Nur Syaleza Mati Bunuh Diri

loading...

Bunyi bising sekumpulan anjing liar membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan yang menyayat hati.

Memetik laporan Berita Harian, mayat bayi malang yang dipercayai dibuang itu ditemui lebih kurang jam 4.30 pagi semalam di kawasan berhampiran pintu pagar di hadapan sebuah kilang di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani.

Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tiada kepala dan tiada kedua-dua belah tangan dipercayai dimakan oleh sekumpulan anjing liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan.

"Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan. Sehingga kini, siasatan masih dijalankan."

"Hasil bedah siasat ke atas mayat bayi itu mendapati, bayi berkenaan berusia kira-kira 35 minggu dan dipercayai sudah meninggal dunia antara satu hingga dua hari lalu," katanya.

Md Zukir berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - www.kakishare.my

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post