Kanak-kanak Lelaki Ini Hanya Tinggal Rangka Ketika Diambil Oleh Keluarga Angkatnya, Tetapi Selepas Beberapa Bulan Lihat Perubahan Luar Biasanya!
Kanak-kanak Lelaki Ini Hanya Tinggal Rangka Ketika Diambil Oleh Keluarga Angkatnya, Tetapi Selepas Beberapa Bulan Lihat Perubahan Luar Biasanya! |
Ibu angkat kepada kanak-kanak lelaki mengakui bahawa dia agak takut melihat kanak-kanak itu buat kali pertama, bimbang dia mungkin tidak dapat bertahan hidup.
ARTIKEL MENARIK: Heboh, Pasangan Beza Umur Datangi Klinik Bidan, Nenek Rohaya Hamil?
loading...
Pada masa itu, kanak-kanak lelaki itu hanya mempunyai berat 8 pound walaupun dia sudah berusia 7 tahun. Selepas itu, ibu bapa angkatnya membawanya ke rumah mereka di Amerika Syarikat dan dia kini mengalami satu perubahan besar!
Apabila Priscilla Morse dan suaminya, David dari Tennessee melihat gambar seorang budak lelaki dari rumah anak yatim di Bulgaria, pasangan tersebut akan memutuskan untuk mengambilnya sebagai anak angkat mereka.
Walaupun telah melihat gambarnya, Puan Morse masih tidak boleh percaya dengan apa yang dilihatnya apabila mereka tiba di rumah anak yatim untuk mengambil anak mereka.
Dia fikir jururawat telah membuat kesilapan kerana budak lelaki berusia 7 tahun di hadapannya sangat kecil jka dibandingkan dengan usia sebenarnya.
“Dia hanya tinggal tulang dan kulit, dia benar-benar kelihatan seperti kerangka,” kata Puan Morse, 33 kepada InsideEdition. “Perkara pertama yang saya fikir ialah, ‘dia akan mati’.”
Seluruh tubuhnya juga diliputi bulu kerana kekurangan zat makanan.
“Pertemuan pertama agak menakutkan,” kata Puan Morse. Pada masa itu, dia takut anak kecil itu akan mati sebelum mereka berpeluang untuk membawanya ke hospital.
Setelah semua prosedur pengambilan anak angkat selesai, mereka akan kembali ke A.S., dan pasangan itu terus membawa anak kecil mereka ke Vanderbilt Children ‘s Hospital.
“Tidak pernah seumur hisup saya melihat doktor menangis melihat seorang kanak-kanak,” kata Morse. “Mereka memanggil perkhidmatan sosial. Mereka berkata, ‘Saya minta maaf, dia mungkin akan mati.’ ”
Ryan telah tinggal di hospital selama lebih daripada sebulan. Apabila pertama kali mereka cuba untuk memberinya makan melalui tiub, dia telah mengalami sindrom pemulihan (refeeding syndrome) yang bermaksud dia sukar untuk menyesuaikan makanan dengan sistem tubuhnya.
Kanak-kanak lelaki itu juga menghidap penyakit lain seperti cerebral palsy, dwarfism, scoliosis, microcephaly dan bentuk kaki yang teruk.
Akhirnya, selepas pulang ke rumah barunya, Ryan kini tinggal bersama ibu bapa angkatnya dan dua anak mereka, Dylan yang berusia 13 tahun dan Jack berusia 7 tahun, serta anak angkat perempuan mereka dari Rusia yang berusia 7 tahun, McKenzie, yang menghidap sindrom down dan kecacatan jantung kongenital.
Puan Morse juga merupakan anak angkat sebenarnya. Abang sulungnya merupakan orang kurang upaya dan telah meninggal dunia pada usianya sembilan tahun.
“Saya masih muda apabila dia meninggal dunia, tetapi saya masih ingat betapa ibu bapa saya sayang akannya walaupun dia serba kekurangan,” katanya. “Saya mahu memberikannya keluarga buat kanak-kanak yang telah tidak berpeluang mendapatkannya kerana semua orang layak untuk mempunyai keluarga. ”
Di bawah penjagaan penuh kasih sayang keluarga barunya, Ryan secara beransur-ansur bertambah berat badan dan kekuatan. Bulu yang menutupi tubuhnya dahulu telah hilang.
Selepas beberapa bulan, dia boleh mendaftar di gred 3 di sekolah awam, di mana dia terus berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan doktor falsafah untuknya.
Dalam masa lebih setahun, dia berjaya mendapatkan berat 15 pound.
Pasangan itu juga mengetahui bahawa Ryan akan mengambil masa bertahun-tahun untuknya pulih sepenuhnya daripada trauma fizikal dan psikologi kehidupan awal di rumah anak yatim itu.
Namun, mereka tetap positif, dan percaya Ryan akan terus bertambah baik. Apa yang paling penting ialah dia disayangi dan kini di bawah penjagaan yang betul.
“Anda boleh katakan bahawa dia adalah budak kecil yang bahagia. Sekarang dia kelihatan seperti mempunyai harapan hidup, “kata ibu Ryan.
Sumber: Era Baru
Post a Comment