Header Ads

Kalau Ikut Cara Yang Betul Macam Ini, Tidaklah Dapur Kaca Cepat Meletup!

loading...

Tengah khusyuk memasak, tetiba meletup! Habbis berterabur kaca, inilah yang paling takut bila guna dapur jenis kaca. Jadi sebenarnya betul ke dapur kaca tak begitu elok untuk diguna?

Kalau Ikut Cara Yang Betul Macam Ini, Tidaklah Dapur Kaca Cepat Meletup!
Kalau Ikut Cara Yang Betul Macam Ini, Tidaklah Dapur Kaca Cepat Meletup!

Untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian dari Puan Ummi Yahya ini...

ARTIKEL MENARIK: Cepat Sebarkan!!! SIAPA YANG GIGINYA BERLUBANG RUGI JIKA TIDAK BACA ARTIKEL INI GIGI ANDA BERLUBANG JANGAN TAMPAL ATAU CABUT INI CARA PALING BAIK DAN JIMAT

loading...


Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan.

Saya ingin menasihatkan rakan pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul.

Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada 'perhiasan' atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.

Jadi...

1. Maksimum penggunaan hanya 2 jam

2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi.

3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.

4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuŕ meletup.

5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.

6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak.

Harap dapat membantu rakan pengguna

Nota tambahan (18/6)

Merujuk kepada beberapa komen / info dan pendapat yang diberikan. Ada juga yang mengatakan bahawa info dan tips ini sekadar mitos.

Belilah jenis 'Tempered Glass' .

Pendapat itu juga benar. Kaca temperd mempunyai kekuatan 4 sampai 5 kali lebih baik terhadap benturan, tekanan, maupun perubahan suhu ekstrim dibandingkan kaca biasa dengan ketebalan sama.

Kaca tempered juga diklasifikasikan sebagai kaca 'selamat' dan ketika pecah akan berubah menjadi pecahan-pecahan kecil (sebesar ibu jari tangan) yang tidak tajam, sehingga mengurangi risiko terjadinya cedera serius.

Yakni dalam erti kata lain -> asal kaca. Tetap boleh pecah.

Mudahkan segalanya. Selain faktor produk. Jenama. Harus juga faham cara menggunakan.

Ada juga yang membeli jenama 'cap ayam' tapi tahan walau sudah lebih 10 tahun menggunakannya.

Bahkan ada pula yang membeli jenama terkenal dengan jaminan tukar ganti dalam tempoh tertentu meletup walhal baru digunakan kurang 2 tahun.

Justeru apa yang penting menjaga dan berhati-hati sentiasa waktu menggunakan semua alatan yang berisiko.

Malang tidak berbau dan tidak memilih sesiapa.

Sekali lagi.

Moga bermanfaat.

In sha Allah..

Kredit: Ummi Yahya

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.