Jejaka Misteri akan menikahi Tunku Tun Aminah Maimunah 14 Ogos ini

Jejaka Misteri akan menikahi Tunku Tun Aminah Maimunah 14 Ogos ini

Inilah Pendedahan Identiti Jejaka Belanda Yang Bakal Menikahi Adik Prempuan TMJ, Tunku Tun Aminah

Inilah Pendedahan Identiti Jejaka Belanda Yang Bakal Menikahi Adik Prempuan TMJ, Tunku Tun Aminah
Inilah Pendedahan Identiti Jejaka Belanda Yang Bakal Menikahi Adik Prempuan TMJ, Tunku Tun Aminah

Satu pengumuman khas telah dibuat apda hari ini, anakanda dan puteri Sultan Johor iaitu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkn perkahwinan pada 14 Ogos nanti.

ARTIKEL MENARIK: 23 FOTO: Sekitar Kemeriahan Majlis Hari Jadi Anak Sulung TMJ, Tunku Khalsom Aminah Sofiah

loading...


Ramai tertanya-tanya siapakah identiti yang berjaya menawan hati adik perempuan TMJ ini.

Lelaki tersebut ialah Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka dari Belanda.

5 Foto Dennis Muhammad (LIHAT SINI

Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda.

Lelaki ini merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands.

Beliau telah belajar dan mengambil jurusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Untuk pengetahuan semua, Dennis bukannya seorang yang asing buat Tunku Tun Aminah.

Pertamanya, Dennis merupakan peminat permainan bola sepak dan pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe.

Jejaka ini kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Dennis Muhammad juga telah diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku.

Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.

Ini pengumuman di laman rasmi JOHOR Southern Tigers

YAM TUNKU TUN AMINAH BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 14HB OGOS 2017

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini.

"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,” kata Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah.

Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali.

“Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Datuk Rahim.

----

HH TUNKU TUN AMINAH TO WED ON 14TH AUGUST 2017

HH Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim will wed at Istana Bukit Serene, Johor Bahru on 14 August 2017.

"Their Royal Highnesses Tuanku Sultan and Permaisuri Johor have both given their blessings for the wedding, " said President of the Johor Royal Court Council, Datuk Abdul Rahim Ramli in an official announcement at Bukit Timbalan today (16th July).

He said the engagement will be held at 10 am at Istana Bukit Serene, followed by the solemnisation ceremony.

"The bersanding (ceremony to bless the couple) ceremony will be rich in traditional Malay and Johor Palace rites and practices," said Datuk Rahim.



Semoga selamat membuat persediaan buat Tunku Tun Aminah dan bakal suaminya. Semoga segala urusan berjalan lancar.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post