Dapat rasa siksanya along ketika dibakar..pernah mengadu bergaduh dengan rakan-ibu (6Gambar)

Dapat rasa siksanya along ketika dibakar..pernah mengadu bergaduh dengan rakan-ibu (6Gambar)

Dapat rasa siksanya along ketika dibakar..pernah mengadu bergaduh dengan rakan-ibu (6Gambar)

Dapat rasa siksanya along ketika dibakar..pernah mengadu bergaduh dengan rakan-ibu (6Gambar)
Dapat rasa siksanya along ketika dibakar..pernah mengadu bergaduh dengan rakan-ibu (6Gambar)

Klang : Along pernah mengadu bergaduh dengan rakan sekerja dan mahu berhenti kerja kata Ibu kepada Along Azam yang meninggal dunia akibat dibakar.

ARTIKEL MENARIK: Bapa Hampir Pengsan Lihat Anak Remajanya Maut Tersepit Antara Lif Dan Siling Dalam Kemalangan Pelik

loading...

Azizah Ismail, 42, ibu Allahyarham Azamasero Ahmad Yusof, 21,atau lebih mesra dengan nama Along Azam yang ditemui di dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam keadaan 90 peratus tubuhnya terbakar, pagi semalam

Saya mendengar luahan nya dan cuba menasihatkan diri nya supaya mencari kerja di kawasan Klang,namun dia hanya mengangguk,” katanya ibu nya yang kudung kaki kiri akibat dipotong kerana kencing manis.

Dia juga kehilangan anak yang patuh, rajin bekerja dan membantunya dari segi kewangan ,tidak pernah pulang ke rumah tanpa memberi wang kepada saya.





“Dia akan beri apa yang termampu,” katanya yang ditemui di HTAR ketika menuntut jenazah anaknya itu, hari ini.

Jenazah Azamasero dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang selepas Asar hari ini dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, saudara mara dan rakan.
Menurut Azizah, anaknya menyewa bilik di Rawang kerana bekerja di gerai menjual lemang sejak lapan tahun lalu.

Azizah berkata, dia tidak menyangka akan menerima jenazah anaknya itu yang dalam keadaan menyedihkan.

“Saya lihat badannya lebam-lebam, hitam akibat terbakar dan keras. Tak dapat saya nak bayangkan betapa siksanya dia dibakar begitu. “Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Sejurus keluarga mangsa tampil, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati punca kematian mangsa disebabkan terbakar.

“Tiada kecederaan fizikal dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun polis akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk memanggil rakan dan majikannya,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak disamun kerana ketika orang awam menemuinya, dompet berisi wang tunai RM50 dan RM20 ada di dalamnya bersama dokumen lain termasuk MyKad.

Apakah motif sebenar Along diperlakukan sedemikian rupa kita dalam siasatan pihak berkuasa mungkin kan dia menjadi mangsa dendam atau sebalik nya, semoga ibu Along tabah dengan dugaan besar yang menimpa arwah anak nya. Al fatihah

Sumber: beritasayu

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post