Daging babi bercampur daging kambing
Daging babi bercampur daging kambing |
JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Najib desak Dr Mahathir jelas pendirian 1998 mengenai Anwar
loading...
Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan.
Katanya, semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat sejak 31 Mei lalu dan terus menyekat pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan.
"Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.
"Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas,"katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Post a Comment