Berang Ditegur, Abang Sanggup TIKAM Ibu Sendiri. Adik Pula Mengamuk BELASAH Abang Sehingga… !!!

Berang Ditegur, Abang Sanggup TIKAM Ibu Sendiri. Adik Pula Mengamuk BELASAH Abang Sehingga… !!!

WANITA warga emas cedera ditikam anaknya hanya kerana tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah di FELDA Jengka 10, Maran, semalam.

Berang Ditegur, Abang Sanggup TIKAM Ibu Sendiri. Adik Pula Mengamuk BELASAH Abang Sehingga… !!!
Berang Ditegur, Abang Sanggup TIKAM Ibu Sendiri. Adik Pula Mengamuk BELASAH Abang Sehingga… !!!

Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.


ARTIKEL MENARIK: Kejam! Mayat Bayi Dibuang Dijumpai Tanpa Kepala Dan Tangan Dipercayai Dimakan Oleh Anjing Liar

loading...

Ketua Polis daerah Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan untuk mencuci tikar getah. “Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap sebelum mangsa masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Sebaik keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika dihubungi. Katanya jeritan mangsa itu didengari jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif sebelum membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah kemudiannya melarikan diri namun ditahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian. “Hasil pemeriksaan pada badan suspek menjumpai pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Berdasarkan siasatan kita, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana dilarang membasuh tikar getah itu oleh mangsa,” katanya. Suspek didapati positif dadah jenis methaphetamine dan hasil semakan polis mendapati mangsa mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkan membabitkan kesalahan dadah. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

VIDEO VIRAL ADIK PUKUL ABANG SEBAB TIKAM MAK


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post