'Bas Hebat, Ada GPS, Wifi Bagai Tapi Sayangnya Pemandu Tak Berhemah' - Netizen Mahu Pemandu Bas Diambil Tindakan Kerana Bawa Macam Pelesit
'Bas Hebat, Ada GPS, Wifi Bagai Tapi Sayangnya Pemandu Tak Berhemah' - Netizen Mahu Pemandu Bas Diambil Tindakan Kerana Bawa Macam Pelesit |
Orang kata malang tak berbau dan kemalangan jalanraya boleh dielakkan jika pengguna jalan raya lebih berhemah dan berhati-hati. Tetapi walaupun kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga namun atas kecuaian orang lain pun boleh menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan.
ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor
loading...
Selalunya kenderaan-kenderaan seperti bas dan lori dipandu dengan laju bagaikan raja di jalan raya.
Mereka tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tidak hairanlah mengapa seringkali kita dengar kes kemalangan melibatkan lori dan bas berlaku setiap masa.
Ini apa yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook, Nazrin Haikal Ruslan yang berkongsi satu video sebuah bas ekspres yang memandu secara melulu. Berikut adalah perkongsian penuh darinya.
Menerusi video tersebut, bas tersebut menghimpit kereta yang dipandu oleh Nazrin dan sebuah kenderaan lain di hadapannya serta kenderaan yang bertentangan terpaksa mengelak bas tersebut daripada bertembung.
Rata-rata netizen menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas pemandu bas tersebut kerana tindakannya itu membahayakan nyawa pengguna jalanraya lain.
Semoga kejadian ini menjadi peringatan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang lain supaya memandu dengan lebih berhemah. - www.kakishare.my
Post a Comment