5 Istiadat & Majlis Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis Yang Bakal Dilalui Pasangan Pengantin

5 Istiadat & Majlis Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis Yang Bakal Dilalui Pasangan Pengantin

5 Istiadat & Majlis Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis Yang Bakal Dilalui Pasangan Pengantin

5 Istiadat & Majlis Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis Yang Bakal Dilalui Pasangan Pengantin
5 Istiadat & Majlis Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis Yang Bakal Dilalui Pasangan Pengantin

Beberapa hari lalu kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos ini.

ARTIKEL MENARIK: (5 FOTO) Inilah Wajah Kacak Dennis Muhammad, Jejaka Belanda Yang Bakal Nikahi Tunku Tun Aminah

loading...

Puteri cantik berusia 31 tahun ini akan diijabkabulkan dengan Dennis Muhammad Abdullah setelah Sultan Johor dan Permaisuri berkenan dan merestui perkahwinan pasangan ini.

Justeru baru-baru ini diadakan satu sidang akhbar tentang majlis yang bakal berlangsung. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Beliau menyenaraikan istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja ini.

1. Istiadat meletak kerja

8 Ogos 2017- Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

2. Majlis tahlil & doa kesyukuran

10 Ogos, jam 6.30 petang - majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.

3. Istiadat pertunangan diikuti istiadat pernikahan

14 Ogos, jam 10 pagi - istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

4. Istiadat persandingan

14 Ogos jam 8 malam hari yang sama - istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.

5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah

15 Ogos,majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Biodata Tunku Tun Aminah

Merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerikan pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.

Mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama di sini, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.

Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lepas.

Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.

Siapa bakal suami Tunku Tun Aminah

Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik.

Beliau berkata anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Bermula tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.

Sumber: Bernama

Foto: Facebook Official Sultan Ibrahim

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post