10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)

10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)

Viral di media sosial video seorang remaja perempuan yang dipercayai masih bersekolah dipukul beramai-ramai oleh sepuluh yang lain. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kunak, Sabah.

10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)
10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)

Namun, menerusi video yang tersebar, kemungkinan bukan semua yang terlibat dalam memukul remaja malang itu kerana ada juga yang dilihat hanya 'bersubahat' menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan yang tidak masuk akal itu.

ARTIKEL MENARIK: 6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang

loading...

10 lawan 1?



Video pergaduhan tersebut sebenarnya dirakamkan untuk simpanan mereka sahaja. Namun, disebabkan rasa bangga dengan 'pencapaian' mereka, berjaya 'melunyaikan' remaja perempuan yang seorang itu, maka mulalah mereka menyebarkan ke rakan-rakan seperjuangan dan akhirnya sampai ke tangan orang awam dan seterusnya available untuk tatapan umum. Menurut sumber, pergaduhan itu disebabkan oleh lelaki.

Video tersebut tersebar hinggalah sampai kepada kenalan mangsa. Dipercayai, kenalan mangsa yang tidak berpuas hati telah memviralkan video terbabit untuk tatapan umum khususnya pihak berkuasa.


Bimbang dengan penyebaran video tersebut oleh kenalan mangsa, 'kepala' 10 jahanam terbabit telah menghubungi kenalan mangsa tersebut dan merayu agar memadam video terbabit dan berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang.

"Ya! Kamilah yang terhebat! Budak Grunge! Gangster Sabah!"




Nasi sudah menjadi bubur adik. Kini adik-adik sudah popular. Duduk rumah, berkurung dan tunggu pihak berkuasa datang untuk sumbat anda ke dalam penjara.

Kes pergaduhan terutama melibatkan remaja perempuan ini bukanlah yang pertama dilaporkan di Malaysia, khususnya di Sabah. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kawan sekolah anda, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Kita tunggu tindakan pihak berkuasa suslan tersebarnya kes buli ini.

Tonton video aksi hebat 10 jahanam 'melunyaikan' seorang remaja perempuan di bawah.


B.mazeer

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post