Video Kepala Dibaham Buaya Ketika Membuat Aksi Berani Mati

Video Kepala Dibaham Buaya Ketika Membuat Aksi Berani Mati

Thailand - Seorang penjinak buaya hampir maut apabila kepalanya dibaham buaya ketika membuat aksi berani mati.

Video Kepala Dibaham Buaya Ketika Membuat Aksi Berani Mati
Video Kepala Dibaham Buaya Ketika Membuat Aksi Berani Mati

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah zoo di Ko Samui ketika lelaki terbabit sedang membuat pertunjukkan bagi menghiburkan penonton yang berada di situ.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Detik Cemas Diterkam Harimau. Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Buat Ramai TERGAMAM !!!

loading...

Walaubagaimanapun menurut Agensi di sana, ketika dia memasukkan kepalanya ke dalam mulut reptilia terbabit yang ternganga luas secara tiba-tiba tanpa di duga buaya tersebut terus membaham kepalanya dan menghayunkan dia ke kiri dan kanan sebelum melepaskannya.

Di awal persembahan terbabit semuanya di katakan berjalan dengan lancar sehinggalah buaya terbabit bertindak di luar kawalan.

Menurut Mirror, rakaman video terbabit menunjukkan situasi di mana lelaki terbabit berada dalam posisi melutut sebelum memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya terbabit yang kemudiannya secara tiba-tiba membaham kepalanya serta menghayunkan mangsa ke kiri dan kanan sebelum melepaskan kepala mangsa daripada mulutnya.

Lelaki tersebut yang baru sahaja terlepas dari mulut buaya kemudiannya telah menjerit dengan kuat sebelum terduduk di atas lantai manakala buaya tersebut telah kembali masuk ke dalam kolam dengan tenang.

Menurut keterangan dari video tersebut yang telah di muat naik ke media sosial, lelaki tersebut turut menunjukkan beberapa kecederaan yang pernah di alaminya akibat daripada aksi ngeri yang dilakukan bersama buaya sebelum persembahan terbabit termasuklah telah kehilangan satu jari kepada penonton.

Akan tetapi lelaki berkenaan dikatakan bernasib baik kerana kejadian terbabit tidak meragut nyawanya, jika buaya tersebut tidak melepaskan kepalanya tidak tahulah apa yang akan terjadi kepadanya.-Suara.TV


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post