Header Ads

Video : Cerita Sebenar Pemandu Uber Dipukul Gara-gara Wanita Vietnam.

loading...

Pulau Pinang - Seorang lelaki di percayai bekerja sebagai pemandu Uber telah di pukul beramai-ramai oleh orang awam kerana dikatakan telah melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita warga Vietnam.

Video : Cerita Sebenar Pemandu Uber Dipukul Gara-gara Wanita Vietnam
Video : Cerita Sebenar Pemandu Uber Dipukul Gara-gara Wanita Vietnam

Lelaki tersebut yang di kenali sebagai Sukri Ramli telah di pukul oleh 22 orang awam, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 3 petang tadi bertempat di Paya Terubong, Pulai Pinang

ARTIKEL MENARIK:Penduduk Bakar Rumah Selepas Aksi Sumbang Mahram Adik Dengan Kakak Kantoi Dengan Isteri

loading...


Seorang lelaki Amyrul Shazafry yang merupakan adik ipar mangsa pukul tersebut telah tampil membela abang iparnya dengan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

Berikut merupakan kisah sebenar sebelum mangsa di pukul, Sukri melakukan Uber sebagai kerja part time sahaja dan semalam dia telah menerima seorang customer warga Vietnam yang memintanya mengambil dia dekat Paya Terubong, selepas selesai mengambil dan menghantar customernya di tempat yang di minta, dia pun meneruskan rutin hariannya iaitu pergi bekerja seperti biasa.

Keesokkan hari iaitu hari ini, semasa dia sedang melakukan kerja sebagai pemandu Uber dia telah mendapat satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut yang memintanya mengambil dia di tempat yang sama iaitu Paya Terubong.

Dah memang kerja dia jadi dia tidak syak apa-apa yang tidak kena, dia pun pergi mengambil wanita itu dan setelah sampai disana wanita Vietnam tersebut terus menaiki kereta dia.

Tiba-tiba kereta dia telah di tahan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina lebih kurang 20 orang dan dua antara mereka memegang senjata berupa kayu besball.

Sukri yang bingung dan tidak tahu apa kesalahan dia pun terus turun untuk bertanya kepada mereka tapi tidak sempat bertanya dia terus di pukul beramai-ramai dan dua orang yang memegang kayu besball tersebut pun turut memukul dia.

Orang awam yang melihat kejadian bukannya menolong dia malah turut join memukul dia, memang teruk jugalah dia kena hentam beramai-ramai pula itu.

Akhirnya dia cuba bertahan dan menanyakan apa sebenarnya kesalahan dia sampai di pukul sedemikian rupa.

Seorang daripada lelaki cina tersebut mengatakan bahawa Sukri ini telah melakukan gangguan seksual terhadap wanita Vietnam tersebut yang menaiki keretanya.

Sukri yang terkejut dengan dakwaan tersebut terus manafikan perkara tersebut sebab memang dia tidak buat jadi buat apa nak mengakukan.

Perempuan Vietnam itu fitnah dia siap cakap ada video lagi dia lakukan gangguan seksual tersebut tapi bila didesak tanya mana video itu dan buktinya perempuan Vietnam itu cakap tak ada video pula.

Habis yang teruk abang ipar aku itu dah kena pukul baru kau buka mulut itu dah kenapa, itukan kes aniaya orang namanya.

Nasib baik ketika kejadian terdapat seorang anggota polis melayu yang baik hati ini, dia yang membantu abang ipar aku ini.

"Kalau tidak tahu kisah sebenar jangan pandai-pandai nak viralkan orang, mari jumpa saya dulu tanya cerita sebenar," kata adik ipar mangsa pukul.

Dahlah kena pukul beramai-ramai satu hal lepas itu kereta kena pecah satu hal, siapa nak ganti rugi semua itu? Aku rasa marah sangat dengan wanita Vietnam tersebut yang memfitnah dia sampai jadi macam ini.

Kami sekeluarga tidak akan maafkan semua yang terlibat dalam kejadian ini, semoga kalian semua dapat balasan yang setimpalnya di dunia dan akhirat.

Bagi semua yang bermulut puaka yang pandai-pandai cakap buruk pasal beliau saya abaikan saja sebab Insyaallah kebenaran akan terbentang juga.

Saya menjelaskan perkara sebenar yang berlaku ini hanya dengan tujuan untuk membersihkan nama beliau yang tercalar akibat daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggung jawab yang menyebarkan berita tanpa ada bukti pun dan tidak tahu kejadian sebenar.

Cubalah fikir kalau benda macam ini jadi dekat ahli keluarga kau orang baru kau orang faham perasaan kami.-Wartawan Jalanan
Video : Cerita Sebenar Pemandu Uber Dipukul Gara-gara Wanita Vietnam. pic.twitter.com/2L6gF47oKo
— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 8 Jun 2017

18951181_309839076119431_104008244877252

1.jpg

3.jpg
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.