Tapak Bazar RM500 Dijual Semula RM8,000 Di Negeri Sembilan

Tapak Bazar RM500 Dijual Semula RM8,000 Di Negeri Sembilan

Seremban - Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapak Bazar RM500 Dijual Semula RM8,000 Di Negeri Sembilan
Tapak Bazar RM500 Dijual Semula RM8,000 Di Negeri Sembilan

Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

ARTIKEL MENARIK:Wanita Tampil Memberikan Penjelasan Isu Berebut Parking Di Langkawi

loading...

Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal.

"Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak.

Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak.

"Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini pada Rabu.

"Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000," kata Mohamad.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post