"Saya Tidak Sengaja Or Unintended" - Akmal Zuhairi, Suspek Pembunuhan Kadet UPNM
"Saya Tidak Sengaja Or Unintended" - Akmal Zuhairi, Suspek Pembunuhan Kadet UPNM |
Lima kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa membunuh rakan kadet mereka Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
ARTIKEL MENARIK:6 Penuntut UPNM Mungkin Dijatuhi Hukuman Gantung, Salah Seorang Waris Kesal Zuriatnya Seorang Pembunuh
loading...
Seorang lagi kadet didakwa bersubahat dalam jenayah kejam di mana Zulfarhan diseksa kerana didakwa mencuri sebuah komputer riba.
Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan palsu, bersama-sama dengan 13 kadet UPNM yang lain.
Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 dan 22 Mei di sebuah bilik di dorm Jebat.
Zulfarhan diseksa sehingga mati selepas dia dituduh mencuri komputer riba. Dia meninggal dunia pada 1 Jun kerana melecur tahap dua dan tiga di 80 peratus badannya akibat didera dengan seterika wap.
Adakah suspek unintended atau ‘tidak sengaja’ membunuh kawan baiknya sendiri dengan menekap seterika kebadan mangsa?? Sama2 lah kite hayati hari2 terakhir beliau.
Post a Comment