Remaja 15 Tahun Terberanak Ketika Buang Air Kecil

Remaja 15 Tahun Terberanak Ketika Buang Air Kecil

Seorang pemandu teksi terkejut dengan kejadian yang melibatkan penumpangnya melahirkan bayi dalam hutan baru-baru ini, lapor China Press.

Remaja 15 Tahun Terberanak Ketika Buang Air Kecil
Remaja 15 Tahun Terberanak Ketika Buang Air Kecil

Sebelum kejadian, pemandu teksi itu dikatakan telah mengambil remaja perempuan berusia 15 tahun itu untuk ke hospital.

ARTIKEL MENARIK:Kisah Isteri Tak Mahu Beraya Di Rumah Mertua Kerana Adik Beradik Ramai. Terpaksa Tidur Ruang Tamu Memakai Tudung !

loading...

Di pertengahan jalan, remaja perempuan itu memberitahu mahu tandas, lalu pemandu teksi terbabit memberhentikan teksinya di tepi jalan dan meminta gadis itu 'melepaskan' niatnya dalam hutan berhampiran.

Selepas menunggu selama 10 minit, remaja itu masih tidak kelihatan menyebabkan pemandu teksi mula mencarinya. Bagaimanapun, semakin jauh ke dalam dia terdengar suara tangisan bayi.

Alangkah terkejutnya pemandu teksi itu menemui remaja berkenaan dengan tangan dan badannya berlumuran darah serta seorang bayi yang baru lahir berada di sisinya.

Pemandu teksi itu segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Polis kemudian juga memaklumkan kejadian itu kepada pihak ambulans untuk membawa si ibu dan anaknya itu ke hospital.

Sehingga kini, remaja berkenaan enggan mendedahkan siapa bapa kepada bayinya itu, malah enggan berkongsi maklumat diri dan keluarganya kepada pihak polis.

Polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post